Menerusi entri terbaru di Instagram, pelakon Zoey Rahman ada tawar diri menjadi ‘kekasih’ untuk disewa.
Maklumnya, ia terbuka untuk lelaki ataupun perempuan.
Malah menerusi ruangan kapsyen, Zoey turut menjelaskan dirinya mampu menjadi kekasih yang setia, penyayang dan sukakan pelukan. Namun, memerlukan perhatian setiap masa.
“7:07 saya nak buat servis boyfriend for rent.
“Pros:
• loyal
Ads
• love to talk with elderly (i bet your mother gonna love me or maybe ur father)
• open minded • loves hug.
“Cons:
• overly clingy
Ads
• might want your attention all the time
• im Capricorn
.
$100 sahaja. Lelaki perempuan tak kisah,” tulisnya.
Merakam foto sambil melakukan aksi segitiga menggunakan tangan, pelakon Mimi Lana dipersoal sama ada dia sebahagian daripada agenda Iluminati.
Foto dengan kapsyen “Keep on dreaming . I’m reaching”, foto yang dikongsi mendapat lebih 30,000 tanda suka dan lebih 200 komen netizen yang rata-rata memberikan reaksi yang sama setakat ini.
Bekas pelakon, Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot gemar memberikan nasihat dan mesej di laman media sosial Instagram miliknya.
Baru-baru ini, Wardina ada memberi nasihat mengenai isu penceraian yang sering dihadapi kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
“Divorce is okay. Breaking up is okay. Starting over is okay. Moving on is okay. Being alone is okey. What is not okay is staying somewhere you’re not valued and appreciated.” Kongsi Wardina menerusi gambar yang dikongsinya.
Di samping itu, bekas pelakon berusia 40 tahun itu berkata penceraian dalam rumah tangga itu bukanlah satu pengakhiran hidup.
“No I’m not going through a divorce just in case. People do post stuff randomly. Not everything is about them. I’m not hinting anything about me Turn off your judgement radars and put aside your forecasting “talent”. Just reminding those going through tough times, yes it’s hard to start over but if you must you must… you’ll pull through eventually. Hugs xx,” tulisnya.
Awal semalam, suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi memaklumkan dirinya bernasib baik daripada dipenjarakan atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis, tidak lama dulu.
Perkongsian tersebut dibuat bapa kepada dua cahaya mata ini menerusi Instagram. Bagaimanapun, Fizul turut mendedahkan dirinya ditipu dan berharap agar individu terlibat mendapat balasan di akhirat kelak.
“Alhamdulillah Bernasib baik masih lagi selamat dari status banduan, terima kasih ya Allah. Kepada yg berkenaan tu tunggu lah balasan allah s.w.t kalau di dunia anda selamat xpe ingt akhirat pasti xkn terlepas.
“sama jugak yg si staff yg penipu,kau boleh tipu bos tapi sampai satu masa kau xkn terlepas. Pasti akan kantoi jugak.
“Tunggu lah pembalasan dari allah sbb kau tahu aku x akn buat apa2 kalau kantoi paling tidak kena buang kerja je kn?
“Sbb apa sbb manusia bukan ada hak nk menghukum sesama manusia. .
ujian tahun ni berniaga 2,3 org penipu, nasib la. Sabo jela,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda palang #janganpercayasangatpekerja, #kawanmakankawan dan #penipu.
Imbas kembali, Fizul atau nama sebenarnya Mohd. Hafizul Md. Nawi sebelum ini didakwa dengan membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis di Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, 20 Februari lalu.
Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.
Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.
Foto: Instagram Fizul Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...