Categories: Berita Uncategorized

“Saya Minta Maaf. Saya Hormat Soalan Anda Semua,” – Hael Husaini

Share

Penyanyi Hael Husaini memilih untuk mengunci mulut dan enggan memberikan respon lanjut susulan dakwaan dirinya sudah pun melangsungkan pernikahan bersama rakan artis, Dayang Nurfaizah di sebuah majlis tertutup, sebelum ini.

Ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen dan koleksi raya Amber ‘Eid’s Time For Love’ di Glasshouse At Seputeh, Kuala Lumpur pada Rabu, Hael turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut.

Ia bagi menghormati perjalanan majlis dan peranannya selaku duta untuk jenama berkenaan.

“Saya minta maaf. Saya hormat soalan anda semua. Saya rasa hari ini kita fokus dahulu untuk Amber.

“Saya pun sudah berjanji dengan Datuk Nana untuk bercakap mengenai Amber sahaja. Sekali lagi saya mohon maaf,” katanya kepada MH.

Spekulasi Hubungan Jadi Perhatian

Baru-baru ini, timbul spekulasi konon dakwa Hael dan Dayang selamat melangsungkan majlis pernikahan, Disember lalu.

Pasangan penyanyi itu juga dilapor konon bertunang, awal tahun lalu, namun, Hael menafikan dakwaan tersebut.

Hael merupakan antara barisan selebriti yang diumumkan sebagai duta dan wajah untuk keloksi ‘Eid’s Time For Love’.

Selain Hael, antara selebriti yang turut diperkenalkan termasuklah Fattah Amin, Amira Othman, Nora Danish, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH