Semalam merupakan hari paling bersejarah buat Thailand apabila 13 mangsa (12 remaja, seorang penolong jurulatih) yang terperangkap di dalam Gua Tham Lang telah pun selamat dikeluarkan di dalam suatu operasi menyelamat yang menjadi sensasi di internet.

Ternyata, berita orang terakhir yang dibawa keluar daripada gua tersebut iaitu penolong jurulatihnya, Ekapol Chantawong sememangnya dinanti ramai malah melahirkan emosi tidak berbelah bahagi apabila pihak penyelamat mengesahkan berita tersebut.

Dalam pada itu, kisah Ekapol yang turut dipanggil jurulatih Ekk turut mendapat simpati ramai apabila dia menjadi yatim piatu di usia muda sebelum dihantar menjadi sami.

Malah, tindakan ‘heroic’nya memastikan keselamatan kesemua 12 remaja di bawah jagaan selama 10 hari tanpa makanan, minuman dan cahaya matahari juga mendapat pujian orang ramai.

“Saya Minta Maaf, Saya Berjanji Akan Menjaga Mereka Sebaik Mungkin” – Ini Surat Penolong Jurulatih Mangsa Gua Tham Luang

Namun, apa yang menjentik emosi MH adalah suratnya kepada ibu bapa mangsa selepas ditemui di dalam gua berkenaan.

IKLAN

“Saya berjanji akan menjaga budak-budak itu sebaik mungkin. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan yang diberi,” tulisnya.

Dalam laporan Astro Awani, Ekapol juga turut meminta maaf kepada ibu bapa mangsa susulan merasa bertanggungjawab di atas insiden yang menimpa mereka itu.

Terdahulu, 12 remaja dan seorang penolong jurulatih dilaporkan hilang dipercayai semasa berkelah di kawasan gua tersebut.

Kesemua mangsa hanya ditemui 10 hari kemudian terperangkap jauh di dalam gua kerana pintu masuk gua itu sudah digenangi air berikutan hujan lebat selama berberapa hari.

IKLAN

“Saya Minta Maaf, Saya Berjanji Akan Menjaga Mereka Sebaik Mungkin” – Ini Surat Penolong Jurulatih Mangsa Gua Tham Luang

Menariknya, cara utama Ekapol memastikan remaja-remaja tersebut kekal selamat dengan melakukan meditasi sebagai jalan untuk menenangkan jiwa sepanjang terperangkap di dalam gua tersebut.

Sementara itu, ibu bapa mangsa dan seluruh dunia tidak pernah menyalahkan Ekapol malah dia juga turut diangkap sebagai hero kerana berjaya menjaga ‘sebaik-baiknya’ kesemua 12 remaja itu tanpa keperluan asas selama 10 hari.

IKLAN

Sejak minggu lalu juga, trending di Twitter mengenai misi menyelamat tersebut malah ia juga mendapat perhatian pelakon, Sharnaaz Ahmad.

“Hey boys, the final is over and Yes all 13 of you guys are the world champion.. stay strong!!” tulisnya di Instagram.

Di kesempatan ini, MH ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kesemua yang terlibat dalam misi menyelamat itu! Benar kata orang, ‘Hero tidak selalunya memakai topeng’!

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI