Selepas beberapa hari berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah haji, Erra Fazira akhirnya ada menitipkan sesuatu buat para peminatnya.
Bersempena dengan Hari Arafah, figura terkenal ini memohon maaf atas salah silap, termasuk ‘melepaskan’ segala kata-kata sama ada benar atau fitnah terhadap dirinya.
“Assalammualaikum. Sebelum bermulanya hari yang istimewa buat seluruh umat Islam.
“Saya dengan rendah diri, mohon ampun dan maaf diatas segala salah silap saya, terkasar bahasa yg mengguris hati, tersilap langkah dan tingkah laku yang mungkin mengguris hati mahupun apa saja yg saya buat menyakiti hati dan mata kalian, dengan rendah diri saya mohon maaf.
“Samada sengaja mahupun tidak, berniat atau pun tiada niat, apa saja yg saya buat menjadikan kalian marah, kecewa, mahupun benci, saya mohon dimaafkan,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang Hingga Hujung Nyawa ini juga turut meminta agar peminat mendoakan ibadah haji yang dilakukannya ini dipermudahkan.
“Mohon doakan kelancaran saya melaksanakan ibadah dan semoga beroleh keberkatan dan haji yang mabrur. Amin.
“Saya juga maafkan apa saja yang diperkatakan dihadapan mahupun dibelakang saya, benar atau tidak, fitnah atau nyata. Saya lepaskan kerana Allah.
“Semoga kita semua menjadi hamba Allah yg lebih baik dimasa akan datang. Aminnnn. Salam sayang dari saya, Fazira Wan Chek,” maklum Erra.
IKLAN
Terdahulu, pemergiaan Erra ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila dia mengakui berangkat sendirian tanpa mahram.
IKLAN
Semoga Erra Fazira mendapat haji yang mabrur.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Almy Nadia menerusi Instagram meluahkan rasa sedih atas tuduhan yang dilemparkan sesetengah netizen terhadap suaminya, Datuk Fizz Fairuz.
Ia gara-gara suatu artikel yang membabitkan seorang individu bergelar Datuk Sri yang didakwa telah dicekup khalwat di sebuah pulau peranginan, baru-baru ini.
Lalu, ada pihak yang membayangkan individu yang ditangkap itu merupakan Fizz.
“Subbahanallah aunty aunty onion a.k.a netizen puaka dunia.. syukur alhamdulilillah kerna anda semua menambah pahala suami sy.. syukur alhamdulillah.
“Makcik makcik bawang a.k.a netizen puaka dunia lebih baik la bunuh sj suami sy dr pd anda semua menabur fitnah kpd suami sy.. skrg suami sybtgh rehesal utk mlm ni tau utk jd salah seorang penyampai anugerah dfkl hihihihi gelak besar rsnya.
Sambil mengucapkan terima kasih buat seorang wartawan senior, bintang tersebut turut meminta supaya mereka yang terlibat berhenti tabur fitnah.
“Tq so much pd kakak sy yg tersyg @rajamawar sbb bertanya kabar ini.. love u so much kakak.. pd yg lain jgn suka suki tabur fitnah tau,” tulisnya lagi.
Pembantu peribadi kepada selebriti dan usahawan, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah pun berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular melibatkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.
Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.
“Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita tersebut menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.
“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya.
“Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya.
Menurut Nadiah, dia tidak mengenali wanita terbabit apatah lagi bertemu.
“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya.
“Cuma apa yang penting saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya.
Terdahulu Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.
Nadiah menerusi Instagram Story miliknya telah memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan agar tampil membantu pihaknya mengesan individu terbabit.
Sebelum ini, satu akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 didakwa telah memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan sedang berubat.
Menerusi perbualan itu juga mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun tunangnya atas tujuan tertentu.
Selain pada masa sama, mendakwa pasangan itu sudah berkahwin di Kelantan.
Bagaimanapun Neelofa tampil menerusi satu kenyataan menyangkal tuduhan tidak tepat serta dianggap menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.
Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Aman Nassim kini muncul dengan lagu Cinta Terakhir hasil ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Indonesia, Bemby Noor dan dirinya sendiri yang mana lagu itu adalah terbitan dan edaran syarikat rakaman COF Music.
Menariknya, lagu itu turut dipilih menjadi antara lagu tema bagi drama Kisah Cinta Rumi yang bakal ditayangkan di Slot Lestary, TV3.
Apa yang lebih membuatkan Aman atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Nassim, 32, teruja adalah dia dapat bekerjasama dengan komposer yang menghasilkan lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian asal penyanyi terkenal Indonesia iaitu Afgan.
“Lagu ini sudah siap dirakam pada penghujung 2019 dan perancangannya mahu dilancarkan di Indonesia tahun lalu. Tapi, disebab penularan Covid-19 memang tidak boleh ke sana. Jadi, buat permulaan lagu ini akan menghiasi drama sebagai lagu tema.
“Dalam masa sama, pihak syarikat masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman Rans Entertainment milik selebriti Raffi Ahmad untuk mengedarkan lagu ini di sana.
“Selain itu, pembikinan video muzik (MV) lagu ini juga membabitkan produksi dua negara, Malaysia dan Indonesia.
“Semua pelakon terbabit adalah dari sana dengan gabungan dua produksi. MV ini sepatutnya dibuat sebelum Ramadan, tapi tak berjaya sebab pelakon utama iaitu Dimas Ahmad disahkan positif Covid-19, jadi tergendala.
“Insya Allah, selepas dia sembuh barulah penggambaran MV diteruskan semula,” katanya.
Berkongsi mengenai pemilihan Bemby Noor, Aman berkata dia mahukan single kali ini ada ciri dan bunyi lagu Indonesia.
Malah, Aman merancang lagu Cinta Terkahir itu menjadi langkah awal untuknya memasuki pasaran muzik di sana.
“Kenapa Bemby sebab saya memang nak masuk pasaran muzik Indonesia. Jadi, sebab itu saya nak lagu ini ada sentuhan lagu Indonesia. Sebab peminat di sana lebih memilih lagu mereka.
“Lagu ini juga dirakamkan di sana dan menjadi kolaborasi pertama saya dengan Bemby. Macam dikatakan tadi, saya memang perlukan sentuhan komposer Indonesia, sebab asalnya nak pasarkan lagu ini di sana.
“Walaupun sekarang masih tidak dapat ke sana, tapi masih boleh pasarkan lagu ini di sana menerusi kerjasama syarikat rakaman. Pendek kata, lagu ini adalah langkah awal untuk saya masuk pasaran muzik sana,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Cinta Terakhir mengisahkan cinta terkahir antara pasangan kekasih yang berjanji sehidup semati.
“Lirik lagu ini pun memparkan percintaan individu dari dua negara. Ia adalah inspirasi daripada pengalaman rakan saya. Pasangan itu berjumpa kali pertama dan terus jatuh cinta.
“Itu pun selepas mereka baharu putus cinta dengan pasangan masing-masing. Jadi mereka nak ‘move on’ dengan kisah lama dengan buka cinta kisah baharu sehingga tahap nak berkahwin. Kiranya, lagu ini adalah ‘happy ending’.
“Lagu ini bergenre pop balada dan memang bunyi lagu Indonesia. Bunyi lagu ini pun macam lagu Afgan. Apabila dapat bekerjasama dengan komposer dari negara luar, saya dapat belajar sesuatu yang baharu.
Berdasarkan kajian saya, muzik dangdut masih nombor satu dan kedua adalah pop balada,” katanya.
Menurut Aman, dia bertuah apabila lagu itu dipilih menjadi lagu tema drama sekali gus dapat mempromosikan lagu itu sebelum ia dibawa masuk ke pasaran muzik Indonesia.
“Apabila lagu ini menjadi lagu tema drama, ia adalah langkah awal untuk promosikan lagu ini dulu. Mungkin selepas MV keluar akan promosi lagu ini di sana walaupun secara dalam talian.
“Harapnya tahun ini berjaya seterusnya saya dapat keluarkan lebih banyak single untuk kerjasama dengan Indonesia atau negara lain.
“Insya Allah, jika lagu ini berjaya di sana dan saya sudah bersedia untuk ulang alik. Sebab ini yang memang saya rancang pun. Cumanya, tak boleh ke mana-mana lagi. Itu yang agak susah sikit,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Britney Spears remained the princess of Pop!
Bergelut dengan masalah keluarga, kisah cinta yang kandas dan kesihatan mental, tidak pernah menjadikan penyanyi yang digelar Princess...