Usahawan yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukur iaitu Rozita Ibrahim memaklumkan dia tidak sabar meraikan kedatangan Syawal tahun ini di tanah air selepas mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Malah menurutnya lagi, dia kini menjadi individu paling tua dalam keluarga selepas ibunya telah pergi mengadap Illahi.
“Kita manusia akhir zaman, manusia yang rosak agamanya. Kita memasuki dunia yang penuh fitnah. Berhati-hatilah dalam apa juga perbuatan, “jagalah agama & maruah”.
“Bersahabatlah dengan orang yang baik-baik, yang menyayangi agama, keluarga. Jadilah manusia yang takut mengecewakan Tuhan, Nabi & Agama.
Ads
“Kedamaian keluarga yang rukun itu adalah lebih baik dari segalanya. Nenek Ami kasihkan kamu kerana agama ..!! (anak Kri panggil saya Nenek Ami).
“Saya nak balik dah ni, InsyaAllah pertama kali raya tak ada Mak. Saya lah ganti arwah Mak, saya paling tua sekarang dalam keluarga kami. Saya nak sambut raya kat Malaysia dengan anak cucu,” jelasnya.
Rozita yang sinonim disapa Bonda Rozita memuat naik perkara itu di dalam satu hantaran terkininya di Instagram.
Pada masa sama, Rozita turut memohon maaf atas khilasnya seisi keluarga.
“Hati ni sangat rindu kat rumah hutan juga. Ya Allah berkati negara kami, aman dijauhkan musibah, suburkan rezeki rakyat Malaysia semuanya dengan rukun & damai.
Ads
“Sekali lagi saya minta dimaafkan kekurangan, khilaf bonda pada anda semua yang kenal saya ya. Ramdhan malam 29 ni kita mengharapkan lailatul qadar.
“Saya sudah sampaikan semua infak anda semua ” semoga gandaan pahala anda dapat dibumi yang penuh keberkahan,” tulisnya lagi.
Pelakon Ayu Raudhah tidak menafikan ketika ini, dia selesa meletakkan keutamaan kepada keluarga, sementelah anak-anak kini sedang melalui proses membesar.
Meski akui masih rindu untuk kembali beraksi di kaca televisyen, namun ibu kepada lima cahaya mata ini menyifatkan suami dan anak-anak adalah sebagai pelengkap hidup yang membahagiakan hidupnya.
“Jujurnya tak rancang nak ada anak berapa. Cuma sebelum ini hasrat mahu tujuh cahaya mata. Cuma sebelum ini tak ada rezeki, saya alami keguguran dua kali.
“Kalau ikutkan suami, nombor kegemarannya ialah lapan,” katanya di samping suami tercinta, ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha.
Ditanya pendirian serta persepsi sesetengah pihak terhadap ibu bapa yang mempunyai ramai anak, pelakon drama bersiri Cinta Bukan Kristal ini terbuka mengenai rezeki zuriat.
“Ia bergantung pada pandangan masing-masing, kita cuba letak diri kita di mana. Macam saya, saya gembira dengan kehidupan dikelilingi anak yang ramai.
“Malah baik saya dan suami, kami pun dibesarkan di dalam keluarga yang besar. Bagi saya okay dan kami pun sudah biasa dengan situasi itu,” katanya.
Sementara itu bagi Zaquan, dia senang melihat kemeriahan serta hubungan akrab yang terjalin di antara keluarga yang besar.
“Saya ada adik beradik tujuh orang, ada abang dan kakak. Kalau boleh bagi saya, biarlah anak-anak kami rapat di antara sama tu sama lain, macam keluarga saya yang rapat dengan famili isteri.
“Bila anak-anak sudah besar, balik kampung saya nak meriah. Jadi memang prefer ada anak ramai,” katanya.
“Saya tak nafikan ada yang tanya bolehkah anak (jaga) ramai? Bagi saya sesetengah orang mungkin hanya isteri yang jaga anak sepenuhnya sementara suami keluar cari rezeki.
“Syukur setakat ini bila sudah beranak lima ni, kami sama-sama cuba jaga. Jadi sebab itulah, saya tidak rasa seolah-olah kena jaga mereka seorang diri.
“Walau macam mana pun, kita kena sama-sama hadap, sama-sama membesarkan,” kata Ayu yang kini dilantik sebagai wajah wakilan dan rakan niaga butik ByLR, baru-baru ini.
Terdahulu, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser,9, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Ayu Raudhah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program #samasamakenyang Infaq Ramadan yang diusahakan Dapur Pasak bersama pelakon Amaris diteruskan dengan menyantuni 10 rumah asnaf selain majlis berbuka puasa dengan 100 anak yatim dan tahfiz dari Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah & Anak-Anak Yatim dari Kediaman Cahaya Ain di Taiping, Perak, baru-baru ini.
Menurut Amaris, 37, atau nama sebenarnya Amran Ismail, pihaknya turut mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan bagi membolehkan dia bersama badan bukan kerajaan (NGO) Dapur Pasak merealisasikan misi kebajikan sepanjang Ramadan ini.
“Boleh saya katakan, 10 rumah asnaf terpilih ini memang yang betul-betul susah dan memerlukan. Ada juga yang rumah mereka elok tapi mungkin kerana kesempitan lain seperti sakit, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap turut kami bantu juga. Ada antara mereka boleh keluar rumah sambil tersenyum walaupun dalam hati mereka rasa macam-macam tapi mereka reda.
“Kami memberi sumbangan berbentuk tunai dan barangan keperluan asas. Harapnya selepas ini Allah bagi rezeki yang luar biasa. Saya sentiasa doa ada keajaiban yang Allah bagi supaya dapat bantu lagi ramai orang yang memerlukan.
“Jadi, saya mengajak dan mengalu-alukan orang ramai jika mahu berinfak dalam bulan ini boleh terus salurkan sumbangan ke akaun CIMB- 8604587212 atas nama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur. Kami menyasarkan untuk penuhkan peti ais sebanyak 2000 rumah, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Amaris juga bersyukur apabila sasaran bagi memenuhkan 100 buah peti ais setiap hari Ramadan dipermudahkan.
“Kami rancang untuk penuhkan peti 100 rumah. Tetapi dengan izin Allah kami dapat penuhkan lebih kurang 200 peti rumah pada hari pertama, kedua dan ketiga Ramadan.
“Satu hari satu lori dan kita bukan hanya buat projek penuhkan peti ais tapi dalam masa sama kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berinfak dalam bentuk tunai untuk menyambut lebih kurang tiga minggu lagi ramadan dan juga menyambut bulan Syawal ini.
“Kita sama-sama berkongsi rezeki dan kumpul dana. Sebab mereka menunggu bantuan daripada kita dari segi barangan keperluan asas dan juga wang tunai.
“Kita akan teruskan lagi program infak ini dan bukan hanya dalam bulan Ramadan saja. Cuma dalam bulan Ramadan ini pada saya ia sangat luar biasa.
“Pasukan saya ini mereka semua kerja hebat dan sanggup ambil cuti yang panjang untuk buat program ini. Mereka tak minta satu sen pun untuk buat program ini. Memang sepenuhnya kerana Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu yang menyertai program itu sepanjang bulan ini turut berharap orang ramai dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan lagi misi berkenaan.
“Saya ‘enjoy’ sebab pertama kali turut serta. Cuma saya tak dapat buat banyak sebab ini pertama kali dan kadang-kadang saya tak tahu apa yang mereka perlu. Kita harap sangat-sangat ada bantuan daripada semua pihak yang prihatin.
“Selepas ini kita akan ke pusat tahfiz di sekitar Kuala Lumpur. Kita ada lebih kurang 30 tahfiz di KL dan kita akan menyantuni mereka serta berbuka puasa jika diizinkan. Jadi kita sedang rancang macam mana nak berbuka puasa dengan mereka, bawa makan sedap-sedap, pergi jalan-jalan dan bawa beli baju raya. Itu perancangan kita,” katanya.
Bersempena program diadakan, Dr. Dhia yang juga pengasas Semblance Clinic berbesar hati untuk menaja berbuka puasa dan penyerahan duit raya buat anak-anak Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah dan anak-anak yatim dari Kediaman Cahaya Ain.
“Saya sudah lama memasang niat untuk buat program sebegini. Kebetulan rezeki berjumpa dengan Amaris dan pasukan Dapur Pasak. Saya memang tak boleh bagi orang lapar. Memang sifat saya macam itu. Jadi sangat suka apatah lagi bersama-sama dengan anak-anak yatim dan tahfiz ini. Rasa macam, anak-anak kita makan sedap, tapi mereka mungkin susah nak dapat tanpa adanya bantuan.
“Macam kediaman Cahaya Ain itu mereka tak pernah dijemput ke majlis berbuka puasa. Ini kali pertama buat mereka. Saya berasa sedih. Saya harap program sebegini dapat diteruskan walaupun bukan dalam bulan Ramadan,” katanya.
Malah, Dr. Dhia bersama 19 klinik difahamkan turut membayar sewa bulanan sebuah rumah berserta kelengkapan lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lagu single Gatal mendapat sambutan hangat daripada peminat, penyanyi Janna Nick bakal melancarkan lagu single berkenaan dalam versi Hari Raya, Jumaat ini.
Meski belum dilancarkan secara rasmi di platform digital, lagu istimewa itu telah pun mula dimainkan di corong radio tanah air, sejak semalam.
Pada masa sama, Janna turut berkongsi video ‘teaser’ lagu berjudul Gatal Raya itu di Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan memberikan komen positif terhadap lagu single terbaharu bintang berusia 27 tahun itu.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...