MH lihat sekarang ini isu lalang dalam kalangan artis memang banyak diperkatakan terutamanya setelah kerajaan baru bertukar tangan.

Kalau dahulu, ada sesetengah artis terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap kerajaan terdahulu, kini nampaknya kesetiaan mereka telah berubah.

‘Saya Kurang Happy Dengan ‘Lalang’ Ini’- Amylea Azizan Dedah Pernah Di’banned’ Senyap-Senyap

Susulan itu, penyanyi yang dilahirkan menerusi program Akademi Fantasia Musim Ketiga, Amylea Azizan meluahkan rasa kurang senang dengan ‘lalang detected’ ini.

IKLAN

“Saya kurang ‘happy’ dengan sesetengah rakan selebriti yang ‘lalang’ ini, saya faham kalau mereka tidak memberikan sokongan tapi ada yang mengutuk secara agresif tapi kemudian berubah,” katanya kepada Media Hiburan.

Tambah Amylea lagi, dia juga merupakan salah seorang mangsa yang dibanned secara senyap-senyap oleh sesetengah pihak.

“Saya antara artis yang dibanned senyap-senyap, tiada siapa pun tahu. Semua ini bermula apabila saya melibatkan diri dengan satu program Bersatu di mana saya melakukan persembahan ketika itu.

“Masa itu, memang ramai artis yang tolak untuk melakukan persembahan itu, saya tidak boleh nyatakan siapa tapi saya ‘respect’ keputusan mereka itu sebab mereka pun nak kena jaga periuk nasi mereka juga kan.

“Selepas perform tu, memang jadi macam-macam, kena ‘banned’ senyap-senyap, orang yang sebelum ini ada, tiba-tiba hilang.

“Tapi saya tak peduli sebab saya memang sayang dengan Tun (Mahathir Mohamad) ,” katanya lagi.

Kesian juga MH dengar cerita Amylea ni, namun ternyata dia seorang yang sangat tabah menghadapi dugaan yang dihadapinya.

IKLAN

‘Saya Kurang Happy Dengan ‘Lalang’ Ini’- Amylea Azizan Dedah Pernah Di’banned’ Senyap-Senyap

Sementara itu, Amylea mengharapkan agar ada sinar baru buat rakan artis setelah kerajaan bertukar tangan ini.

IKLAN

“Kalau boleh, saya harap agar artis tidak disalahgunakan untuk tujuan politik melainkan artis tersebut betul-betul dan terlibat dalam politik.

“Sebagai seorang artis, tak sepatutnya mereka diperlakukan sedemikian, kesian sebab kalau nak tolak…takut jadi apa je pilihan yang tinggal,” katanya lagi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI