Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mendedahkan dia menerima keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat yang menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bintang tersebut, Julai tahun lalu.
Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, bagaimanapun belum boleh memberikan komen secara terperinci kerana proses selanjutnya masih berjalan.
“Keputusan tersebut saya terima semalam (Jumaat) daripada peguam saya. Ini adalah keputusan pertama dan saya difahamkan masih ada lagi beberapa permohonan lain daripada pihak sana.
“Yang pertama ini sudah dapat jawapan, ditolak. Keputusan yang diputuskan mahkamah, itulah dia. Apa pun saya serahkan segalanya kepada prosedur perundangan,” katanya kepada MH.
Nana berkata demikian ketika ditemui ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.
Ditanya perkembangan dirinya susulan kes mahkamah yang masih berjalan, Nana akui dia memilih untuk meneruskan kehidupan seperti sebelumnya.
Ads
“Saya jalankan hidup macam biasa. Walaupun mungkin proses ini ambil masa yang lama, tapi tak mengapa, saya okay saja. Hidup dengan cara sendiri.
“Kalau dipanggil untuk perlu hadir ke mahkamah, saya akan hadir. Begitulah, ” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman yang difailkan Nana terhadap mereka, berhubung dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Dua individu itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43.
Ads
Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Nana selaku plaintif selepas prosiding kes secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd.Johan Lee.
Menurut peguam itu, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan tersebut membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.
“Mahkamah menolak permohonan itu atas alasan antaranya terdapat asas fitnah dalam pernyataan tuntutan plaintif. Tarikh 27 September ini ditetapkan untuk pengurusan kes, seterusnya,” kata peguam tersebut yang dipetik.
Ads
Terdahulu Sam Musyadzafar dan Razidah masing-masing merupakan defendan keempat dan kelima telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut pada 24 Januari lalu.
Pada prosiding sama, Sam Musyadzafar diwakili peguam Zeti Zulfah Zulkifli @ Hassan manakala Razidah diwakili Muhammad Aliff Haiqal Roslan.
Selain kedua-dua defendan itu, Siti Nordiana turut menyaman Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, dan Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, selaku defendan pertama sehingga ketiga.
Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 30 Julai 2021, Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai tahun lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzudin dan Goh Sze Fei berjaya melangkah masuk ke peringkat akhir Terbuka China 2024 apabila mengalahkan pasangan beregu lelaki Indonesia dalam saingan separuh akhir sebentar tadi.
Bertempat di Pusat Sukan Gimnasium Olimpik, Changzhou, Izzudin dan Sze Fei mengalahkan Shohibul Fikri dan Daniel Martin dengan pungutan mata 21-14, 24-22 dalam masa hanya 42 minit sahaja.
Kemenangan pasangan beregu ini amat bermakna kerana mereka baru sahaja memenangi Terbuka Jepun pada bulan lalu.
Meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara rasmi pada 1 September lalu, kini mereka bergerak secara profesional.
Esok, Izzuddin dan Sze Fei bakal menentang sama ada pasangan beregu China, He Ji Ting – Ren Xiang Yu atau pasangan beregu senegara Ong Yew Sin – Teoh Ee Yi yang bakal berentap malam ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber foto: EPA Images pic
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Assalammualaikum. Salam Sunday everyone. Alhamdulillah pagi-pagi tadi #8am dah pusing-pusing bersama CINTA cari breakfast.
“Secara terus terang mummy sebenarnya takut naik motor. Rasa ngeri sangat. Lagi-lagi tiba-tiba kereta atau lori besar lalu laju dekat sebelah, Allahu Akbar takut,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada lapan orang cahaya mata itu sewaktu dia dan suami keluar menaiki motosikal untuk bersarapan awal pagi tadi.
Pada masa sama, Rebecca turut menzahirkan rasa kagum terhadap mereka yang selesa menaiki motosikal lebih-lebih lagi untuk mencari rezeki.
“Mummy memang tabik spring la kat abang-abang rider atau kakak-kakak rider yang bawak motor sentiasa dan yang sentiasa ada di atas jalan raya untuk mencari REZEKI.
“Allahuakbar, mummy doakan semua rider-rider motor sentiasa selamat dan setiasa dipermudahkan kerja pada setiap perjalanan motor mereka di jalan raya.
“Semoga Allah SWT sentiasa melindungi rider-rider semua,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka menaiki motosikal selain turut memuji hubungan mesra diantara Rebecca bersama suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman.
“Bestnya. Sesekali naik motor tanpa anak-anak paling sweet.
“Makin lama makin suka tengok Datin sekeluarga. Semoga selalu bahagia hendaknya.
“Happynya tengok. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
“Comel dan selember je Datuk bawa nakk motor. Sweet couple.
“Sangat humble. Semoga berbahagia selalu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azam pada 2011 dan dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua anak angkat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber : Instagram Rebecca Nur Al Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan penahanan pelakon terkenal, Choi Jung-won selepas beliu didakwa mengintai dan mengganggu seorang wanita di kediamannya baru-baru ini.
Menurut laporan...