
Susulan video tular baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Amira Othman menafikan dakwaan yang mengatakan dia tahu kata laluan untuk telefon bimbit milik Fattah Amin.
Menurut Amira, sewaktu dia memegang telefon Fattah dalam satu sesi siaran langsung, telefon tersebut tidak berkunci dan dia hanya menggunakannya untuk membaca komen netizen.
“Saya nak jelaskan di sini, selepas menonton semula video tersebut, saya tak tekan pun password telefon Fattah. Sebenarnya, ketika Fattah bagi telefon miliknya, ia memang tidak berkunci.
“Jadi, saya tertanya-tanya macam mana netizen boleh kata yang saya tahu pasaword telefon Fattah?
“Saya sendiri tak perasan momen tersebut kerana ketika itu, saya terlalu fokus kepada product briefing dan komen netizen.
“Mungkin ada yang salah faham. Saya hanya slide sahaja telefon Fattah. Hal ini telah mencetuskan pelbagai persepsi. Pada saya, tahu atau tidak, ia bukanlah satu isu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Dalam Sujudku itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran wajah baharu butik Amber di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pada masa sama, Amira turut menjelaskan dia dan Fattah saling menghormati ruang pribadi dan privasi di antara satu sama lain.
“Saya dan Fattah ialah rakan baik dan kita sudah bekerjasama agak lama. Bila sudah selesa bekerja, telefon bimbit bukanlah satu isu besar.
“Lagi pun, kita buka telefon itu hanya untuk melihat komen ketika sesi siaran langsung atau buka lirik lagu. Itu sahaja.
“Kita tak buka telefon untuk tengok hal-hal peribadi. Saya tak ganggu privasi Fattah. Begitu juga sebaliknya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Fattah pula berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan hubungan mereka memang akrab disebabkan urusan kerja.
“Ketika itu, kami memang sedang mencari lirik lagu di Google. Saya pun sudah membuka telefon siap-siap. Sebelum ini pun ada juga yang menegur kata saya pegang telefon Amira.
“Kami pegang hanyalah untuk urusan kerja sahaja. Bukan untuk hal-hal lain. Amira pun tak tahu password saya. Tak perlulah isu ini diperbesarkan.
“Nanti ada pula yang kata hal-hal remeh pun nak dijadikan isu,” katanya.
Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan Amira sedang menggunakan telefon milik Fattah dalam satu sesi siaran langsung.
Disebabkan hal tersebut, netizen mula mendakwa hubungan Amira dan Fattah sudah terlalu akrab sehingga tahu kata laluan untuk telefon masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini