Berita

“Saya Dibuang Ke Dia Dibuang?” – Yazmin Aziz Padam Semua Konten Bersama Teman Lelaki, Cetus Tanda Tanya

Share

Sejak semalam, nama penyanyi Yazmin Aziz menjadi bualan hangat apabila muncul dakwaan yang membayangkan hubungannya dengan kekasih, Simon Javier telah berakhir.

Spekulasi makin kuat selepas dia difahamkan telah memadamkan semua gambar dan video bersama lelaki itu di platform media sosial.

Beberapa hantaran di TikTok turut menunjukkan nada yang seakan menggambarkan perasaan yang sedang ditanggungnya seperti;

“Saya tahu nilai saya dan saya tidak akan sesekali terima kurang daripada apa yang sepatutnya.”

Selain itu, satu lagi coretan turut memperlihatkan sisi self-love yang cukup tegas.

“Saya menyayangi diri sendiri sebab saya tahu tak ada siapa yang boleh buat bahagian tu lebih baik daripada saya.”

Situasi tersebut membuatkan peminat mula tertanya-tanya sama ada hubungan di antara mereka benar-benar sudah berakhir atau sebaliknya.

Yazmin Jawab Reaksi Netizen

Ketika isu ini diperkatakan, muncul pula komen daripada seorang pengguna media sosial yang mendakwa kisah mereka ibarat ‘habis madu, sepah dibuang’.

Bagaimanapun, ia ditepis oleh Yazmin.

“Tolong sikit. Kalau tak tahu cerita, jangan memandai. Saya dibuang ke dia dibuang?,” balasnya.

Di ruangan komen lain, ramai juga netizen tampil memberi kata-kata semangat untuk penyanyi itu.

“Tak mengapalah sis. Awak masih cantik dan ada lagi lelaki lebih tampan yang awak boleh dapatkan.”

“Ramai yang gembira untuk awak. Awak lebih baik tanpa dia. Semoga awak bertemu dengan lelaki lebih baik.”

“Awak akan temui cinta sejati. Terus melangkah ke hadapan. Akan ada seseorang yang sanggup berjuang untuk awak.”

“Ya, Allah pertemukanlah dengan pasangan yang baik yang boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.

Setakat ini, Yazmin masih belum memberikan sebarang penjelasan rasmi mengenai status hubungan terkininya.

Terdahulu, Yazmin sering berkongsi momen romantis bersama Simon, seorang model dari Filipina, malah keduanya juga kerap berulang-alik antara Malaysia dan Filipina sepanjang perhubungan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Yazmin Aziz

Published by
Aizam Manaf