Pelakon Ruhainies tidak menafikan keluarga antara menjadi sebab utama dirinya terus bekerja keras sepanjang tujuh tahun menceburkan diri dalam bidang seni.
Genap 30 tahun pada 27 Julai depan, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas turut berazam untuk terus membahagiakan kedua orang tuanya.
“Saya seorang yang rapat dengan keluarga. Ke mana saya pergi, ahli keluarga pasti ada menemani. Sepanjang 30 tahun saya hidup, pastinya pernah melalui zaman susah. Saya percaya setiap orang pun ada zaman jatuh naik bersama keluarga.
“Saya dah berjanji dengan diri sendiri, jika ibu ayah memerlukan saya bila-bila masa misalnya, pasti saya kena ada untuk mereka, tak kiralah dari segi sokongan moral atau kewangan.
“Sebab itu saya bekerja keras kerana tanggungjawab itu ada pada saya. Tujuh tahun berkecimpung dalam dunia seni, saya memang fokus untuk mencari rezeki kerana saya mahu membantu.
Ads
“Mana tahu jika ada situasi yang tidak mengizinkan berlaku, saya ada untuk mereka. Saya tak boleh banyak rehat sangat, biarlah saya bekerja kuat kerana jika ada apa-apa yang terjadi kepada keluarga, saya ada, Insya-Allah,” katanya.
Ruhainies ditemui di majlis sambutan hari lahir yang dianjurkan oleh kelab peminatnya di Riyaaz Event Space, Puchong pada Isnin.
Bersempena dengan hari jadinya juga, pelakon filem Musyrik : Api Neraka Menantimu! ini berhasrat untuk terus membahagiakan keluarganya.
Ads
“Sempena hari jadi, saya mahu terus membuatkan keluarga saya gembira, terutamanya ibu bapa saya. Saya masih ingat sewaktu awal bekerja, ibu dan ayah saya berhasrat nak menunaikan haji. Jadi saya kerja keras untuk mencapai apa yang mereka inginkan.
Ads
“Mereka teringin sangat dan saya bersyukur dapat menunaikan impian mereka untuk ke sana pada 2019. Biarpun saya tak pergi, saya rasa itu kepuasan utama saya.
“Rasa gembira itu sangat berbeza dan selepas itu, alhamdulillah rezeki saya semakin murah,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan memanjat rasa syukur dan memaklumkan nenek tercintanya, Noraini Abdullah telah selamat menjalani proses pembedahan bagi membuang ketumbuhan, pada Rabu.
Serina berkongsi khabar berita tersebut menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah nenek dah selamat pembedahan untuk buang kanser ketumbuhan tu besar sangat ngeri!
“Patut lah nenek mengadu sakit dan keras sangat tempat yg ada ketumbuhan tu. Nampak nenek makin segar muka dia pun ceria,” tulisnya.
Pada masa sama, anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan ini memberitahu kondisi neneknya kini sudah beransur pulih dan akan dibenarkan pulang ke rumah, hari ini.
“Esok katanya dah boleh balik rumah. Terima kasih ya Allah kerana mudahkan urusan nenek operation.
“TQ so much juga buat barisan doktor & medical assistant yg bertungkus lumus jalani operation dengan jayanya.
“Papa memang anak yg baik dapatkan the best Hospital & doktor untuk nenek. Moga besar pahala papa @_chefwan58 Aminn..,” tulisnya lagi.
Pelakon, Diana Rafar akui teruja apabila diberikan peluang untuk membantu seorang wanita yang juga merupakan saudara baru untuk memeluk agama Islam.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, proses tersebut difahamkan telah diadakan di kediamannya.
Video berdurasi hampir seminit itu turut memaparkan Diana sedang membimbing wanita tersebut untuk melafazkan kalimah syahadah.
“Mashaallah Jumaat yang berkat Allah hadirkan seorang bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam.
“Subhanallah Allahhuakbar doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah. Amin ya Allah Amin,” tulisnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Zamarul Hisyam ini turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar wanita tersebut dapat terus istiqomah dan beriman kepada Allah SWT.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar urusan saudara baharu itu akan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah untuk hidayah ini. Semoga Allah terus membimbing kamu. Allah memang Maha Penyayang. Tahniah Kak Linda Rafar.
“MashaAllah Tabarakallah Alhamdulillah Yaa Rabb.
“Allahuakbar. MasyaAllah @dianarafar . Bangga dengan kamu sayang.
“Allah Maha Besar. Alhamdulillah syukur.
“Allahuakbar Tahniah sis berjaya tarik satu sahabat memeluk islam. Masyallah Islam itu mudah, Islam itu Indah, Islam itu mulia… Allahuakbar,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 40,000 jumlah tontonan di Instagram.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat menjawab pertanyaan peminat yang bertanya mengenai apa menu yang boleh diberikan kepada anak yang mencecah usia enam bulan.
Bercakap daripada pengalaman, Ayda mengakui dia ada menyediakan menu khas khusus buat anak pertamanya, Ana Nayla yang kini mencecah usia 10 bukan.
Menurut Ayda, pada usia sebegitu, dia memberikan Nayla nasi yang dikisar dengan sedikit sahaja air selama dua minggu.
Kemudian campurkan pula dengan beberapa menu lain setiap dua minggu.
“Baby @ananaylaofficial for 2 weeks mula dengan nasi dan diblend. Doktor kata kalau masak bubur terlampau cair, nanti baby lambat stimulate untuk makan. Better masak nasi, dan blend letak air sikit ya.
“Lepas 2 weeks, letak broccoli sikit, then after 2 weeks letak carrot. After that baru campur sikit isi ayam. Boleh tukar ayam to salmon. Doctor tak recommend ikan bilis,” tulisnya menerusi Insta Stories.
Menerusi paparan sama, penyanyi lagu Mata ini berpendapat adalah lebih baik untuk ajar anak jamah makanan secara perlahan-lahan.
“Avocado bagus. Wajib cuba bagi ya. Lepas tu baru bagi yang ada rasa sikit, pisang, dan lain lain.
“Bagi saya, bagi slow-slow. Baby kalau okay, okay je. Bagi sikit-sikit dulu tambah dekat nasi tu ya. Lain baby, lain perut.
“Ikut nasihat doctor baby ok! Alhamdulillah Ana Nayla memang suka sangat makan. Nasi penuh. Tak cukup dia mintak lagi,” tulis Ayda lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...