
Penyanyi sensasi Indonesia, Agnez Mo, yang kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), meluahkan dedikasi terhadap kepimpinan negara itu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Agnez secara langsung turut memaklumkan dirinya berada dalam keadaan selamat.
“Sementara kita menunggu keadaan kembali reda, saya cuma mahu meluahkan betapa saya menghargai cara barisan kepimpinan dan pasukan tentera Dubai menjaga keselamatan semua orang,” tulisnya.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Tak Ada Logika itu turut menzahirkan apresiasi terhadap pendekatan pihak berkuasa dalam menguruskan situasi semasa.
“Yang lebih penting, mereka turut memastikan kami sentiasa dimaklumkan secara telus. Kepimpinan seperti itu memberikan makna yang sangat besar buat kami,” kongsinya lagi.
Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada perkembangan terkini di Timur Tengah yang menyaksikan beberapa siri serangan udara serta ketegangan geopolitik antara kuasa serantau.
Situasi itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Beberapa negara di rantau berkenaan dilaporkan memperketatkan kawalan keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga.
Agnez, yang aktif dengan projek antarabangsa, sebelum ini kerap berulang-alik ke beberapa negara seluruh dunia.
Menerusi hantaran yang sama, dia turut dilihat meluangkan masa menghadiri acara berbuka puasa yang dianjurkan oleh Konsulat Indonesia di Dubai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Agnez Mo