“Saya Cabar, Saya Akan Menyanyi Isteri Saya Punya Lagu Nasyid,” – Tegas DS Aliff Syukri Pada Siapa?

Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini memuat naik satu video di laman Instagramnya meluahkan rasa berangnya terhadap pendakwah bebas, PU Amin yang sering mengkritik lagu Bobo Di Mana nyanyiannya bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna.

Katanya, dia kesal apabila pendakwah itu berterusan mengkritiknya sedangkan lagu versi dakwah juga dibuat dalam versi sama. Lalu, ia membuatkan penyanyi Abang Nak Tegur ini mengambil keputusan mencabar dirinya menyanyikan lagu nasyid bersama isterinya.

“Yang sibuk kutuk2 tu jgn lupa tgk lagi bobo versi dakwah pu azman …yg bobo versi haram ni smapai 8 juta orang tgk yg versi dakwah kenapa x ramai tengok.

 

“Naikkan lagu tu support lagu dakwah….yg haram pandai pula korang komen…kenapa x up video bobo versi dakwah kat ig korang.

 

“Lepas sy cabar diri saya buat lagu masyid.. kalau lagu nasyid view x sampai 8 juta korang siap yee…..pandai sangat kan nak kutuk2.

 

“Ya saya pendosa,haram dilaknat Allah…tapi apa kata kita sama2 share isu kemungkaran lain banyak lagi di malaysia ni kes buang anak merata,rasuah,maksiat,ustaz rogol pelajar tahfiz,atuk rogol cucu.

 

“Kenapa x ada sesiapa nak up citer tu…kee sbb mereka x glamer?

 

“Ingat ya x tgk nasyid saya smaa mcm view bobo siap korang…jgn pandai taip je tapi x sama2 buat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

View this post on Instagram

yang sibuk kutuk2 tu jgn lupa tgk lagi bobo versi dakwah pu azman …yg bobo versi haram ni smapai 8 juta orang tgk yg versi dakwah kenapa x ramai tengok….naikkan lagu tu support lagu dakwah….yg haram pandai pula korang komen…kenapa x up video bobo versi dakwah kat ig korang…..lepas sy cabar diri saya buat lagu masyid.. kalau lagu nasyid view x sampai 8 juta korang siap yee…..pandai sangat kan nak kutuk2……. . . Ya saya pendosa,haram dilaknat Allah…tapi apa kata kita sama2 share isu kemungkaran lain banyak lagi di malaysia ni kes buang anak merata,rasuah,maksiat,ustaz rogol pelajar tahfiz,atuk rogol cucu…kenapa x ada sesiapa nak up citer tu… Ingat ya x tgk nasyid saya smaa mcm view bobo siap korang…jgn pandai taip je tapi x sama2 buat…..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

IKLAN

Untuk pengetahuan, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida merupakan bekas anggota kumpulan Solehah.

Sebelum ini, PU Amin menyuarakan pendapatkan mengenai lagu itu berserta video muziknya yang dilihat mempunyai unsur ‘soft porn’.

Sementara itu, Aliff yang bakal berlakon filem baru tidak lama lagi turut mengakui kepada MH dia bakal berduet dengan isterinya, Datin Seri Norshahida dalam tempoh terdekat.

IKLAN

“Isteri saya ni suka mengaji dan ada cipta lagu ketuhanan. Setakat ini saya tidak menyatakan persetujuan lagi, tinggal lagi saya masih berbincang,” katanya ringkas. 

Aliff ditemui media pada majlis pelancaran dan pengenalan peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Rabu dui Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.

Foto/Instagram: DS Aliff Syukri