Categories: Berita Hiburan

“Sampai Satu Tahap Dulu, Dia Pinjam Mic Rakan Artis,” – Bella Astillah Menangis Sebak, Kini Miliki Mikrofon Sendiri

Share

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila impiannya untuk memiliki mikrofon sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

Detik menyentuh perasaan itu dikongsikan oleh pengurusnya, Niel Rafeq, menerusi satu hantaran di aplikasi Thread.

Menurut Niel, Bella selama ini hanya meminjam mikrofon rakan artis setiap kali bertanding atau membuat persembahan.

“Lama sangat dia menantikan saat ini di mana dia ada mikrofon dia sendiri.

“Sampai satu tahap dahulu, dia pinjam mic rakan artis masa bertanding di famili duo,” tulisnya.

Niel turut mendedahkan, Bella sebenarnya turut bekerja keras untuk merealisasikan impian tersebut.

“Dia cakap dia nak berlatih nyanyi banyak-banyak supaya boleh ada mic sendiri.

“Alhamdulillah, bangga dengan Bella. Hadiah untuk diri dia sendiri,” kongsinya lagi

Menerusi potongan video pendek tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat menitiskan air mata ketika pertama kali memegang mikrofon berkenaan.

Ia sekali gus menggambarkan betapa ia menjadi momen bermakna khusus terhadap karier nyanyiannya.

Ramai Tumpang Gembira

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang turut berasa bangga dan gembira dengan perkembangan terbaru Bella, selain menitipkan doa agar kerjaya seninya terus berkembang positif.

Ini antara komen yang ditinggalkan netizen;

“Alhamdulillah, semoga terus maju jaya.”

“Bangga dengan awak Bella. Jangan menangis lama-lama okay. Nanti YB pun sedih.”

“Semoga terus sukses dan berjaya dunia akhirat.”

“Tahniah Bella. Susah nak tengok Bella menangis sekarang. Momen ini sangat bermakna buat dia.”

“Awak layak dan mampu gapai apa sahaja setelah melalui liku-liku yang panjang ini.”

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan dengan hampir 3,000 tanda suka, memperlihatkan sokongan besar peminat terhadap perjalanan karier seni Bella Astillah.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf