Penyanyi dan usahawan, Jeslina Hashim mengakui pada masa sekarang dia tidak memikirkan soal rumah tangga meski sudah pun mengenali kekasih, yang dikenali sebagai Eddy lebih tiga tahun lalu.

Malah katanya kepada MH, dia lebih suka untuk menghabiskan masa bersama anak-anak dan perniagaan fesyen yang diusahakan bersama rakan niaga selain mengisi masa dengan bercuti.

“Kami sudah mengenali sejak tiga tahun lalu. Kalau ditanya sama ada sudah sedia untuk ke fasa seterusnya, saya hanya mengambil pendirian untuk go with the flow. No rush. Bagaimanapun, saya senang bersamannya.

 

“Malah, kedua-kedua anak saya juga cukup menyayanginya. Cuma itulah, kadang-kadang perangainya pun lebih sama dengan anak-anak saya,” seloroh Jeslina atau lebih mesra dengan sapaan Jes.

Pada masa sama, dia juga lebih selesa untuk memberi tumpuan terhadap bisnes fesyen yang baru sahaja diceburinya sejak setahun lalu.

IKLAN

“Saya ada mengusahakan butik J&M yang beroperasi di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur. Tidak hanya terhad kepada pakaian berasaskan resort wear semata, kami juga ada aksesori, beg dan sebagainya. Bahkan ada juga terima tempahan atas permintaan.

 

“Setakat ini, sambutan yang diterima cukup baik dan kami cuba ada buka cawangan di Langkawi dan insyaAllah ada merancang untuk buka konsep sama di London. Doa-doakan,” kongsinya kepada MH.

Terdahulu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kuintai Cinta Dalam Rahsia ini ditemui pada majlis Mala Gala Filem Munafik 2 di MMCineplex, Damansara.

IKLAN

Hadir sebagai tanda sokongan buat produksi filem seram itu, Jes pada masa sama mengakui rindu momen untuk kembali menyanyi.

IKLAN

Cumanya dia sedih apabila keadaan peti suaranya sedikit rosak lebih empat tahun lalu, dipercayai kesan asid berlebihan dalam badan.

“Memang rindu nak kembali menyanyi, lebih-lebih lagi apabila saksikan Maya Karin nyanyi. Malangnya, saya ada masalah pada suara. Ada jumpa doktor pakar tanyakan masalah peti suara dan menurut doktor, ia macam rosak, bengkak sikit. 

 

“Kalau mahu aktif menyanyi balik saya kena buat pemeriksaan dan pemulihan berkala. Lebih empat tahun alami masalah tersebut. Sampai lagu-lagu saya dalam album pun tak boleh nyanyi.

 

“Kalau nak nyanyi pun pada lagu yang simple, tapi tetap akan rasa sakit,” jelas Jes yang tidak menafikan apa yang berlaku membuatkan dirinya rasa sedih. Memang sedih sebab kalau ada media minta saya nyanyikan sikit lagu saya, ia macam sukar,” akhirinya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI