“Sampai Kami Bersayang- Sayang Pun Orang Cari Salah. Kasihan Abang Daiyan Dengan Kak Dayana Kita,” – Abby Abadi Kesal Netizen Pertikai Cara Jagaan Anak
Setelah mendirikan rumahtangga selama 2 tahun, pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin dengan rasa penuh kesyukuran telah pun mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan media, buat masa ini, Fazura mengakui dirinya dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.
“Saya tidak pernah merasakan perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.
Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.
“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.
Tidak dinafikan juga, sejak mendirikan rumahtangga bersama Fattah, bintang filem Pisau Cukur ini sering berhadapan dengan persoalan tentang kehamilan dari para media dan juga peminat.
Malah, Fazura juga pernah berjanji sekiranya dirinya hamil, peminat dan juga rakan-rakan merupakan antara yang pertama akan mengetahuinya, dan kini berita tersebut telah pun menjadi kenyataan.
Atas rezeki zuriat yang kini dikandung, Fazura marakamkanrasa bersyukur dengan kelancaran trimester pertama.
“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah.
“Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” akuinya lagi.
Sementara itu, Pengarah Universal Music Malaysia, Kenny Ong, turut meluahkan rasa kegembiraan untuk pasangan yang sinonim dengan sapaan #FattZura itu.
“Kami sudah menganggap Fazura dan Fattah seperti keluarga kami sendiri dan berita ini pastinya sangat dinantikan. Kami mengharapkan mereka berdua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan.
“Kami juga tidak sabar untuk meraikan kelahiran cahayamata pertama mereka,” katanya.
Fazura dan Fattah dijangka akan menyambut kelahiran bayi mereka pada akhir tahun ini.
Terdahulu, keduanya turut berkongsi berita gembira itu menerusi platform media sosial masing-masing.
Pelawak, Harith Iskander berkongsi sebuah video menggambarkan keadaan sukar yang sedang melanda Amerika Syarikat.
Video tersebut merakamkan kata-kata wanita yang bertugas yang difahamkan bertugas sebagai jururawat, terpaksa berhenti kerja kerana mengakui akan risiko jangkitan yang berlaku.
Ini kerana, dia mendakwa petugas hospital tidak disediakan dengan alatan perlindungan secukupnya bagi merawat pesakit.
Jelasnya sambil mengalirkan air mata, dia ditugaskan merawat seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 di Unit Rawatan Rapi, namun tiada seorang pun kakitangan hospital dibekalkan dengan topeng muka.
Lebih menyedihkan, kesemua kakitangan didakwa turut berhubung rapat antara satu sama lain tanpa sebarang alatan perlindungan diri.
Jelas wanita itu lagi, dia faham akan kekurangan peralatan, namun dia juga harus melindungi diri dan keluarga daripada terkena jangkitan.
Katanya, keadaan tidak akan bertambah baik melihatkan bagaimana Amerika Syarikat menguruskan pandemik global itu.
Malah menurut seorang lagi petugas barisan hadapan, dia kecewa dan takut kerana mereka sendiri tidak mampu melindungi diri daripada jangkitan.
Antara lain, dia memberi perumpamaan, bagaimana mahu memadamkan api jika hanya diberikan pistol air.
“Our frontliners are our heroes at the moment. As a Malaysian it is our duty to support them to support us.
“That’s why my team at @thehopebranch.my has been using the funds raised to work hard and purchase and distribute aid to our frontliners. Face masks and surgical gowns already handled.
“Kudos @kementeriankesihatanmalaysia is doing an amazing job given the circumstances,” tulis Harith pada ruangan kapsyen video yang dikongsikan.
Pelakon, Beto Kusyairy ada memberi nasihat kepada netizen menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 40 tahun ini menyarankan agar netizen untuk menjaga kata-kata dan perbualan di laman media sosial.
“Berhati-hati dengan apa yang anda taip & komen. Anda mungkin menyakiti seseorang & menyebarkan kebencian pada masa yang sama. Adakah itu menjadikan anda lebih baik darinya?
“Empati. Sungguh tidak menyakitkan untuk bersantun berbahasa. Apatah lagi itu asalnya budaya kita (yang semakin halus menipis).
“Tinggal di rumah, moga selamat & kekal sihat semuanya.#puasamediasosial,” tulisnya.