Bintang media sosial, Ain Afini berkongsi pengalaman ketika melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Adam Aysar pada 12 Jun lalu.
Malah, Ain merakam foto saat Adam dilahirkan dengan jarinya lebam akibat pengambilan ubat antibiotik.
“Ni gambar masa hari pertama permata umi lahir, lebam tangan sebab on antibiotic tapi anak umi ni kuat walaupun halus je masa lahir.
“Allah rezekikan masa nak bersalin mudah sangat Alhamdulillah. Masa contraction je rasa apakah perasaan ini hahaha sakit ya ampun tapi beberapa kali push dah selamat lahir.
“Lepas bersalin siap boleh jalan laju sebab tak rasa sakit apa. Rezeki kat situ,” tulisnya.
Penyanyi Mazleela mendedahkan dirinya mengalami masalah injap jantung yang lemah sejak tiga tahun lalu.
Malah, hal yang berlaku menyebabkan dirinya agak sukar apabila mahu menyanyikan lagu bernada tinggi.
“Kalau nyanyikan lagu nada yang tinggi, ia kadang-kadang bukan tak boleh nak capai…nampak ‘down’ sikit. Itu tidak disangkalkan, memang ia turut berkaitan dengan masalah kesihatan.
“Saya alami masalah injap jantung yang agak lemah kira-kira sejak tiga tahun lalu.
“Saya ada berjumpa pakar dan apa yang dialami ini tidaklah serius, cumanya saya tidak boleh rasa penat.
“Malah, ada ketika kalau lepas mandi menggunakan ‘shower’ pun, rasa macam lari 500 meter…macam tulah contohnya,” seloroh Mazleela.
Ditanya bagaimana dirinya dapat mengesan masalah kesihatan yang dialami, bintang yang sinonim menerusi lagu Tabah ini memberitahu, pada peringkat awal dia sangka itu hanyalah semput.
“Pada awalnya saya ingatkan alami semput, rasa sesak…ada benda yang ‘tekan’ jantung kita, sakit. Jadi bila ke hospital, doktor ada tanya sama ada saya ada keturunan yang alami masalah jantung atau tidak.
“Saya kata ada…arwah ibu saya. Tersumbat? Tanyanya dan betullah sebab arwah ibu memang alami malasah jantung tersumbat.
“Akan tetapi kata doktor yang melihat draf degupan jantung saya, ia tidak serius cuma kena hati-hati. Atas faktor usia dan keturunan jadi perlu berjaga-jaga,” terangnya.
Mazleela bagaimanapun positif dan turut memaklumkan kepada pihak produksi GV6 terlebih dulu akan kekangan yang dihadapi.
“Apabila dapat peluang sertai GV6, saya ada rujuk suami dan tanya pendapatnya. Dia berikan galakan memandangkan saya masih lagi aktif menyanyi.
“Pada masa sama, saya juga ada maklumkan hal tersebut kepada pihak produksi.
“Saya pun memang yakinkan diri untuk tetap teruskan saingan dalam GV6. Ada ambil ubat cuma ambil ketika perlu sahaja.
“Platform GV6 ini pun saya ambil demi peminat saya yang sudah lama rindui penampilan saya. Kemunculan di pentas dengan media sosialkan lain bezanya.
“Jadi pasti ada hikmah di sebaliknya tersingkir awal. Banyak faktornya,” akhiri Mazleela yang tetap percaya pada rezeki.
Terdahulu, namanya diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam saingan GV musim ini dengan memperolehi markah paling rendah di kalangan 12 peserta lainnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi perkhabaran duka, Datuk AC Mizal memaklumkan bekas anggota 4U2C, Nirwan Irwan atau lebih dikenali sebagai One II baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.
Pengacara popular ini turut berkongsi beberapa keping gambar memperlihatkan One II atau nama sebenarnya, Nirwan Irwan terlantar di hospital dan mengimbau kembali foto album Kembalilah Fiona.
“Salam semua, baru dapat berita bahawa sahabat saya, ahli kump saya 4U2C baru jer meninggal dunia, sedih teramat aku bro, dgn pemergian kau, teringat aku zaman kita dulu 4u2C.
"Allah lebih menyayangi kau semuga kau di tempatkan bersama2 org yg beriman, saya mohon pada semua sama2 la kita Sedekahkan Alfatihah buat Arwah, tenangla kau disana One2 ( NIRWAN IRWAN).. love u buddiessإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Bukan kali pertama membintangi filem seram, namun pengalaman bersama filem Pusaka cukup beri pengalaman berbeza.
Jelas Sweet Qismina, agak sukar bagi dirinya untuk melupakan babak dirinya terpaksa menarik gumpalan rambut bersalut darah yang keluar daripada mulutnya kesan gangguan saat dirasuk saka.
“Jujurnya saya ‘terseksa’ dengan filem Pusaka. Babak rambut keluar daripada mulut tidak menggunakan kesan khas, sebaliknya saya terpaksa masukkan gumpalan rambut yang bersalut darah ke dalam mulut.
“Memang meloyakan sehingga tidak mampu untuk makan selepas itu.
“Bayangkan saya terpaksa menahan gumpalan rambut itu di dalam mulut dan tidak boleh menelan.
“Kemudian, saya perlu tarik keluar sedikit demi sedikit seperti muntah, sebagaimana yang dimahukan pengarah,” katanya.
Sweet berkongsi kisahnya ketika ditemui pada Malam Gala Pusaka di The Starling Mall.
Pelakon berusia 21 tahun ini turut mendedahkan bait-bait mantera yang dibaca juga merujuk kepada nama anak jin, sebagaimana yang diberitahu.
Lalu, atas sebab itulah dia turut melakukan persediaan sepenuhnya sebelum masuk ke set penggambaran.
“Mantera yang disebut adalah nama anak-anak jin yang tidak elok dan disebabkan itu, sebelum masuk set penggambaran, saya menyediakan perlindungan diri seperti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
“Jujurnya ada babak yang agak menyeramkan dan saya sendiri merasa kebas dan tidak sedap badan apabila menyebut mantera tersebut.
“Menjadi kerisauan sebenarnya apabila terlalu menjiwai mantera kerana takut sesuatu yang lain pula berlaku. Apa pun, ia hanyalah lakonan,” jelasnya lagi.
Pusaka yang bakal ditayangkan di pawagam 31 Oktober depan turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussien dan ramai lagi.
Diarahkan Razaisyam Rashid, Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan persembahkan oleh produksi Alpha 47.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.