Kisah melibatkan ahli perniagaan, Nur Sajat memang menjadi trending akhir-akhir ini.

Selepas kecoh mengenai isu tersebarnya hasil edit pihak tidak bertanggungjawab terhadap nama sebenar dan status jantinanya, nama Sajat sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila dia dikatakan akan merakamkan lagu dalam tempoh terdekat.

Lebih menarik, single tersebut khabarnya turut menampilkan pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri. Sajat,32, yang ditemui Media Hiburan akui tidak sabar untuk merakam lagu.

IKLAN

Sajat Teruja Rakam Lagu, Tak Ambil Pot Orang Kecam

IKLAN

“Saya ada terima tawaran daripada syarikat rakaman. Insya-ALLAH saya akan berduet dengan Datuk Aliff. Tapi kena berbincang lebih lanjut dengannya terlebih dahulu,” katanya yang turut tidak mengambil pusing terhadap setiap komen berbentuk kecaman di media sosial yang diterimanya ketika ini.

 

“Saya memang tak ambill pot langsung. Kalau saya ambil pot, nanti saya akan jadi gila. Better saya struggle bagaimana untuk majukan bisnes dan menjadi salah satu contoh peniaga Melayu.

 

“Lagi orang kecam, saya ambil sebagai satu semangat untuk lebih berjaya,” luah Sajat.

Jom ikuti video penuh Media Hiburan bersama pengasas Let’s Cantik, Jangan Mengata ini.

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=BIRoP1NWlpM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI