Hari ini pelakon wanita, Serina Redzuawan telah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Salahudin @ Gavin Edward O’luanaigh.

Lafaz cerai tersebut telah dibuat oleh Gavin pada jam 10.49 pagi selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Nurul Hidayah Jani telah membenarkan permohonan cerai tersebut.

Sumber melaporkan, Serina yang berpakaian serba putih kelihatan tenang.

Terkini, Serina telah meluahkan rasa isi hatinya tentang kes penceraiannya hari ini di akaun Instagramnya.

IKLAN

“Asalammualaikum, Serina nak maklumkan hari ni selesai sudah kes cerai Serina & Gavin, lama Serina bersabar dan bertahan tempuh dugaan macam macam, lebih 2 tahun kami tinggal berasingan,Alhamdulillah di beri ketenangan utk selesaikan semuanya, Selepas ini Serina akan fokus membesarkan dan mendidik anak anak sebagai keutamaan,Pasal Hak penjagaan anak jangan bimbang I know what’s the best for my kids & family, Nasihat Papa & Semua I terima dan hargai, Terima kasih pada semua yg amik berat dan beri nasihat dan semangat,Cuma tolong beri I sedikit ruang, bukan mudah utk I lalui, byk hati perlu di jaga,Doakan yg terbaik for me & Anak Anak, Moga Kami di lindungi Allah SWT.Aminnn..,” tulis kapsyennya.

Rata-rata pengikutnya di Instagram juga telah memberikan kata-kata semangat buat anak kepada Chef Wan ini.

iazlinamohamed: Semoga tabah mengharunginya bersama anak2 ya…

IKLAN

mrscebolton: Tutup buku lama buka buku baru. Semoga perjalanan hidup Sarena lebih terurus dan fokus selepas ini. InshaAllah rezeki anak-anak tetap ada di mana-mana. Jgn serik kahwin lagi.?

f.h.maulabas: @serinaredzuawan Alhamdullillah dengan izin Allah with strong support and love from the people surrounding you In Sha Allah you can sis.❤️

IKLAN

tjmazlan: Alhamdulillah selesai juga akhirnya. Dugaan & cabaran yg hadir ni akn buat kau lebih tabah dan kuat. Ada hikmah disebalik apa yg berlaku..sesuatu yg indah akn hadir dalam hidup kau beb.. Always trust in yourself.. love you babe ?.. Always pray for you n your family. Nanti kita jumpa okay..tq @surayads_hamidon ..you always give support to our friend here @serinaredzuawan ..

Kami di MH Online juga mendoakan segala yang baik-baik buat Serina dan anak-anak. Semoga Serina tabah dan teruskan kehidupan dengan lebih bahagia selepas ini.

Sumber: Sinar Harian & Instagram Serina Redzuawan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI