Jutawan Kosmetik, Safiey Illias akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagramnya semalam setelah didesak ramai pihak berikutan ‘isu’ yang berlaku semasa ‘open house’ anjurannya tempoh hari.

MH difahamkan semasa ‘open house’ itu, Safiey yang menjemput anak-anak yatim dan tahfiz namun m terselit dengan aktiviti yang kurang sesuai dengan acara tersebut.

https://www.instagram.com/p/BlPukWjBhEz/?hl=en&taken-by=pencetusummah_amin

IKLAN

Susulan itu, Safiey membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Berhubung isu semasa yang sedang hangat diperkatakan dikalangan masyarakat, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

“Khususnya kepada pengikut laman sosial saya yang beragama islam, serta seluruh rakyat Malaysia.

“Saya terpanggil untuk membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka berkenaan video yang tersebar bagi mengelakkan perselisihan faham dari terus menjadi keruh.

“Saya ingin memohon maaf kepada individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.

IKLAN

“Ingin saya jelaskan disini, bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan saya yang telah mengganggu sensitiviti masyarakat serta mencemarkan imej agama tercinta demi kebaikan bersama.

“Saya menerima segala teguran yang diberikan dengan hati yang terbuka. Saya juga akan mencuba sedaya upaya saya untuk menasihati teman-teman rapat saya, tidak hanya khusus kepada golongan LGBT sahaja, juga kepada rakan-rakan selebriti wanita dan juga lelaki yang dilihat melampaui batas untuk berubah kearah kebaikan.

“Saya berazam dan berusaha untuk belajar dan tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. Setiap manusia tidak lari dari melalukan kesilapan.

“Hidup ini adalah untuk terus memberi dan memberi. Doakan saya, terima kasih,” katanya menerusi kenyataan itu.

https://www.instagram.com/p/BlS16aHHFOd/?hl=en&taken-by=safieyillias94

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia menyedari kesilapan yang dilakukannya dan belajar daripada kesilapan tersebut.

IKLAN

Apa-apapun, sebagai manusia kita memang tidak lari daripada membuat kesilapan, yang penting kita haruslah nasihat-menasihati sesama kita.

Foto: Instagram Safiey Illias

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI