
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo didakwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Dash Berlin di sebuah pulau terkemuka di Indonesia.
Dipercayai majlis diadakan secara tertutup dengan dengan dihadiri keluarga kedua belah pihak pada petang hari ini di Bali, Indonesia.
Menerusi sekeping foto yang tular, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, anggun mengenakan persalinan gaun putih sambil berpegangan tangan dengan lelaki berkenaan.
Terdahulu pada Mei, Sabronzo mengakui cincin yang sering disarung pada jari manisnya adalah pemberian dari individu yang istimewa.
Bagaimanapun, Sabronzo memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai lelaki berkenaan meski tidak menafikan kisah perhubungannya belum lagi masuk ke fasa yang serius.
Malah jelas Sabronzo, sejak pembabitannya dalam bidang seni, dia sangat menjaga privasi selaon lebih selesa untuk berkongsi hal berkaitan dengan kerjaya seni.