
Penampilan penyanyi legenda, Zaiton Sameon di Pentas Gegar Vaganza 12 (GV12) bukanlah sebagai peserta ke-14 sebaliknya ia hanyalah gimik bersempena segmen terbaharu, Lejen Lanjer.
Perkara itu dimaklumkan oleh pengacara, Nabil Ahmad sejurus Zaiton membuat persembahan menerusi lagu Menaruh Harapan.
Lejemln Lanjer merupakan segmen baharu di GV12 yang memberi peluang dan platform kepada para penyanyi senior untuk membuat persembahan seterusnya ubati kerinduan peminat.
Sementara itu, persembahan Zaiton malam tadi menggamatkan suasana di Auditorium MBSA, Shah Alam, dengan penghargaan ‘standing ovation’ daripada peminat serta juri tetap.
Sebaik selepas persembahan selesai, Hetty turut naik pentas dan meluahkan rasa kagum dengan kemampuan penyanyi seangkatannya itu.
Menurut Hetty, dia dan Zaiton memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada era yang sama dan dia berharap agar sahabatnya itu dapat terus berkarya.
Malah, ketua juri GV12, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram turut menyifatkan Zaiton sebagai penghibur yang sebenar kerana masih mempunyai semangat kuat untuk membuat persembahan.
Sementara itu, Zaiton memaklumkan walaupun dirinya ditimpa pelbagai ujian termasuk kemalangan yang hampir meragut nyawa, semangatnya sebagai penghibur tidak pernah padam.
“Saya pernah terlibat dalam kemalangan dan tak sedarkan diri dalam waktu yang lama. Namun, saya tak pernah mengalah dan terus menghasilkan album,” katanya.
Malah, Zaiton turut berseloroh menyatakan hasrat untuk berduet bersama Tok Ram satu hari nanti.
Pada konsert minggu pertama ini, Zaiton turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM4,000 daripada penaja GV12.
Terdahulu, konsert minggu pertama GV12 menyaksi 13 peserta memepersembahkan lagu-lagu hits sebagai pengenalan kepada musim baharu ini.
Terdahulu, GV12 akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan hiburan keluarga ini juga boleh ditonton menerusi platform Astro One dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini