Kalau lihat ‘lifestyle’ selebriti, Kim Kardashian dan suami, Kanye West, mesti orang ramai ingat anak-anak mereka manja kan?

Namun begitu, percaya tak sebenarnya Kim dan Kanye tidak memanjakan ketiga-tiga anak mereka iaitu North, Saint dan Chicago?

Kim menjelaskan mengapa dia berbuat demikian dalam satu esei.

IKLAN

“Saya risau nak beri ‘lebih’ pada anak-anak. Kami tidak menggalakkan hadiah.

“Mereka kena berusaha mendapatkannnya namun kami sering menerangkan pada mereka (anak-anak) supaya sering rasa rendah diri,” tulisnya.

Rupanya Ini Sebab Kim Kardashian Tidak ‘Manjakan’ Anak-Anak

IKLAN

Tambahnya lagi, selepas insiden dia dirompak di Paris menjadikan Kim tidak lagi materialistik.

IKLAN

“Saya dah tak sukakan hadiah dan barang-barang lagi…

“Dulu, saya sering belikan sesuatu pada diri saya setiap kali hari lahir saya memikirkan bahawa saya sudah bekerja keras selama setahun, jadi tak salah kalau nak ‘treat’ diri sendiri kan?

“Tapi kini, saya sudah tidak memandang itu semua, malah kereta saya pun ada yang sudah dijual.

“Saya sukakan kereta, masih lagi suka cuma tidak seperti dahulu,”tulisnya lagi.

Sumber: Enews!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI