Categories: Berita Hiburan

Rumah Tangga Berakhir Selepas Hampir 20 Tahun, Madam Mariyah Sah Cerai & Wujud Kehadiran Orang Ketiga?

Share

Menutup segala tanda tanya, usahawan sensasi, Madam Mariyah akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai status rumah tangganya.

Pada Selasa lalu, Mariyah yang sebelum ini sinonim dikenali sebagai ‘Makcik Kemboja’ mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Mr. S di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Mariyah, 50, menyifatkan lafaz cerai itu sebagai titik noktah kepada rumah tangga yang dibina hampir 20 tahun bersama bekas suami.

“Saya nak beritahu secara rasminya, pada Selasa saya sah bercerai dengan Mr. S dengan talak satu.

“Bukan seperti yang orang kata talak tiga atau sepuluh tidak, tetapi talak satu,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media pendedahan eksklusif itu di Opera Cafe & Lounge, Starhill, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam prosiding tersebut, pihak Mariyah mengemukakan tuntutan melibatkan hak penjagaan anak, nafkah edah dan nafkah muta’ah.

Bagaimanapun, Mr. S difahamkan tidak bersetuju terhadap semua tuntutan dengan alasan prosiding tersebut (hari Selasa) hanya untuk pengesahan penceraian sahaja, manakala tuntutan lain perlu difailkan kemudian.

“Saya sudah menunggu sejak bulan Mei hingga September dan pada Selasa adalah kali pertama saya mendengar semula suara seorang lelaki yang pernah hidup bersama saya hampir 20 tahun, melafazkan talak satu.

“Pengakhiran macam itu sahaja untuk saya. Tapi saya tertanya, kenapa dia tidak mahu memudahkan urusan? Ini bukan cerita buka aib, saya nak meluahkan. Saya boleh pergi pejabat dia (untuk berjumpa), tapi tidak sebab saya profesional.

“Saya kalau boleh mahu selesaikan dengan cara baik dan mungkin kita tidak boleh jadi suami isteri yang baik. Tetapi saya fikir, kita mungkin boleh jadi sahabat yang baik demi anak.

“Kalau failkan tuntutan untuk prosedur seterusnya nak kena pakai duit lagi, lantik peguam. Untuk pihak saya, saya nak mudahkan kerja saja,” katanya.

Kehadiran Orang Ketiga?

Dalam pada itu, Mariyah turut mendakwa perkahwinannya diuji dengan kehadiran orang ketiga yang didakwa menjadi antara punca perceraian.

“Saya sedih sebab nampak sendiri Mr.S dengan penyondol itu dalam kereta dan

Mr.S sendiri cakap depan saya dan penyondol itu bahawa dia lebih sayangkan penyondol itu.

“Sebagai seorang isteri yang berkoban untuk dia… Saya tak pernah minta apa-apa malah saya bersyukur sebab dia sudah beri izin saya untuk kejar impian. Saya cuma nak dihargai, nak dia sayang saya saja.

“Pada saya, kalau suami itu baik dia akan cuba untuk terus mempertahankan rumah tangga. Kalian boleh rasa tak emosi saya bila dalam tempoh enam bulan dia tidak balik rumah dan saya tidak mencari atau hubungi dia.

“Sebab saya nak tengok sama ada di pulang atau tidak. Saya tak halau dia tapi dia sendiri yang keluar dari rumah,” luahnya lagi.

Mahu Fokus Bisnes

Mahu terus pandang kehadapan, Mariyah kini akui mahu tenang meneruskan kehidupan selain beri sepenuh komitmen terhadap perniagaan yang diusahakan, AuraMaria.

“Saya mengalami depresi yang teruk sampai makan ubat beratus biji. Saya sampai terfikir nak ambil nyawa sendiri. Saya kurung diri dan suka duduk dalam gelap.

“Namun, dengan sokongan orang sekeliling dan demi anak-anak, saya bangkit. Maka tercetus idea untuk keluarkan Kopi Che’lims.

“Saya mahu fokus dengan bisnes. Saya sekarang lebih mencintai diri sendiri daripada mencintai orang lain,” katanya lagi yang s

ebelum ini turut mempunyai ‘retail’ sendiri.

Untuk rekod, Mariyah dan Mr. S mempunyai seorang anak perempuan selain mempunyai dua cahaya mata lain menerusi perkahwinan terdahulu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial “Semalam saya sah bercerai talak satu, bukan yang orang cakap talak 3, talak 10.” Pempengaruh sensasi, Madam Mariyah (Makcik Kemboja) mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya yang dikenali sebagai Mr. S di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, pada Selasa. Dalam sebak, dia berkongsi mengenai ujian hidup yang dilalui. Mendoakan yang baik-baik 🙏🏼❤️‍🩹 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
MH