Categories: Berita Dalam Negara

RTM Mohon Maaf Atas Kesilapan Sebut Nama Presiden Indonesia

Share

Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengeluarkan permohonan maaf rasmi susulan kesilapan yang berlaku dalam laporan siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Dalam insiden berkenaan, pengulas RTM telah menyebut nama Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia sedangkan jawatan itu kini disandang oleh Prabowo Subianto.

RTM dalam kenyataan menjelaskan bahawa pihaknya memandang serius perkara itu dan telah pun mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

Stesen penyiar awam itu turut menegaskan komitmen mereka untuk memperkukuh kawalan editorial serta semakan fakta dalam setiap liputan berita dan acara rasmi yang disiarkan bagi memastikan maklumat yang disampaikan berintegriti.

Permohonan maaf turut disampaikan kepada Presiden dan kerajaan Republik Indonesia sebagai tanda menghormati hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur ketika ini menghimpunkan pemimpin tertinggi rantau ini termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA