Peminat kumpulan Kpop, Twice melahirkan rasa kecewa mereka apabila konsert grup itu, Twiceland In Malaysia dibatalkan di saat akhir.

Semalam, pihak penganjur memuat naik kenyataan menerusi laman Facebook mengatakan konsert itu batal kerana faktor keselamatan.

“Dukacita kami khabarkan bahawa konsert Twiceland Zone 2: Fantasy Park in Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada 28 Julai dibatalkan kerana faktor keselamatan.

“Kami memohon peminat memahami keputusan ini dibuat setelah mengambil kita keselamatan artis dan penonton yang menjadi keutamaan pihak kami.

“Proses ‘refund’ akan diberitahu kelak, kami mohon maaf atas pengumuman ini terutama kepada mereka yang lama menanti kehadiran Twice di Malaysia,” tulis kenyataan tersebut.

MH difahamkan pengumuman itu dilakukan lewat malam semalam menyebabkan kemarahan peminat kumpulan itu yang dikenali sebagai Once apatah lagi, sidang media grup tersebut sudah pun dilakukan Jumaat lalu.

IKLAN

Sementara itu, semalam juga menyaksikan Once berkumpul di pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar idol kegemaran mereka pulang ke Korea Selatan.

Melalui pemerhatian MH juga, kelihatan peminat-peminat sempat mengadakan ‘mini-konsert’ iaitu menyanyikan lagu-lagu hit grup tersebut sementara menunggu.

IKLAN

Ternyata, perkara itu membuatkan ahli grup yang terdiri daripada Nayeon, Jeongyeon,Momo, Sana, Jihyo,Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu terharu hingga mengalirkan air mata mereka.

Grup itu juga sempat membuat video meminta maaf kepada Once Malaysia kerana tidak dapat melakukan persembahan di sini.

IKLAN

Harga tiket konsert adalah serendah RM388 hingga RM688.

Foto: carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI