Setiap pasangan yang bercinta pastinya menginginkan sebuah pengakhiran yang baik dengan mendirikan rumah tangga bersama.

Penyanyi popular antarabangsa, Rihanna kini sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama kekasih hatinya Hassan Jameel yang merupakan seorang jutawan daripada Arab Saudi.

Rihanna Sudah Sedia Tamatkan Zaman Bujang

Laporan daripada Hollywood Life ini juga berkata, penyanyi ini dan kekasihnya sering berbual membincangkan tentang hubungan mereka dan mahu membawa hubungan yang dibina ke peringkat yang lebih serius.

IKLAN

Namun begitu, Hassan dikatakan belum lagi melamar Rihanna dan pastinya jika hal ini terjadi, Rihanna akan bersetuju untuk mengahwini lelaki yang dicintainya.

Menurut sumber lagi, Rihanna mengakui Hassan adalah seorang lelaki yang diimpikan kerana sering mengambil berat tentang dirinya sejak mula bercinta setahun yang lalu.

IKLAN

Rihanna Sudah Sedia Tamatkan Zaman Bujang

IKLAN

Katanya lagi, Hassan sentiasa menyokong kerjayanya sebagai anak seni dan selain itu sering membantu penyanyi ini dalam urusan perniagaan yang sedang diusahakannya.

Apapun, MH berharap segala yang dirancang oleh Rihanna dan kekasihnya dipermudahkan.

Sumber: Hollywood Life

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI