Penyanyi, pelakon dan usahawan, Rihanna akhirnya bergelar seorang ibu setelah melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei 2022. Bayi tersebut merupakan hasil perkongsian hidupnya bersama rapper terkenal, A$AP Rocky.
Pelantun lagu Diamonds tersebut dilaporkan telah melahirkan bayinya di sebuah hospital di Los Angeles.
Menurut People berdasarkan maklumat dari sumber mereka, “Rihanna sihat, mereka sangat teruja bergelar ibu dan bapa. Rihanna sudahpun menjadi seorang ibu yang hebat.”
Dia yang menyorokkan kandungannya selama hampir empat bulan sebelum mengumumkan pada Januari tahun ini teruja apabila mengetahui bakal bergelar seorang ibu.
Menjadikan momen kandungannya satu ekspresi diri, Rihanna gemar menonjolkan perutnya dan mencipta satu gaya tersendiri.
Ads
Pemenang anugerah Grammy ini pernah berkata yang memilih stail fesyen ketika sedang mengandung merupakan satu perkara yang mencabar namun menyeronokkan.
Ujarnya, “Saya suka dan saya menikmati momen ini. Saya tidak perlu risau untuk menutup perut. Walaupun saya rasa sediukit berisi tetapi apa-apa sahajalah! Ada bayi dalam perut ini.”
Mengimbau kembali hubungan Rihanna dan A$AP Rocky, dua bintang popular ini ini sudah berkenalan sekian lama, namun hanya mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Dua tiga hari kebelakangan ini, lensa hiburan tanah air tertumpu kepada video mesra yang didakwa mirip pelakon, Syafie Tee dengan seseorang yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengannya.
Sehingga ke hari ini, Syafi, 29, masih belum tampil memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi melibatkan dirinya itu sebaliknya, bapanya, pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ada mengeluarkan respon balas terhadap isu melibatkan anak keduanya itu.
Susulan respon tersebut, ramai netizen turut mengecam pendakwah tersebut susulan hal terbabit.
Lalu, rapper Caprice yang dikenali sering melontarkan pandangannya berhubung isu semasa, tampil membidas sikap sesetengah netizen yang gemar menghakimi seseorang individu itu berdasarkan kesilapan orang lain.
“Video panas Syafi Tee, Ridhuan Tee akui diri tidak sempurna.
“Cap (Caprice) tak faham netizen yang kecam ayah dia. Tak semestinya ayah kita ustaz, anak kita confirm takkan buat dosa.
“Tak semestinya ayah kita polis, anak kita confirm takkan buat jahat,” kata Caprice menerusi perkongsian video di laman Instagramnya.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli 34, lagi tiada manusia yang sempurna dan tidak berbuat salah sebaliknya dia percaya semua ibu bapa sudah cuba memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.
“My point is, tiada siapa dekat muka bumi ini yang sempurna dan saya yakin ibu bapa akan sentiasa bagi terbaik untuk anak-anak mereka.
“Sama juga sebagai anak, kita akan belajar daripada ibu bapa dan belajar daripada kesilapan. Takkan korang tak pernah buat silap.
“Asalkan kita belajar daripada kesilapan, ubah dan sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Syafi Tee hangat diperkatakan selepas sebuah videonya bercium mulut dengan seorang wanita tular di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Caprice, Syafi Tee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepotong video yang dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Shasa Aziz menarik perhatian warganet susulan lawatannya ke rumah perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV / AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim).
Atas niat menyantuni anak-anak dijangkiti HIV dan Aids, perkongsian Shasa pada masa sama telah menimbulkan stigma sesetengah netizen yang kurang cakna terhadap penyakit berkenaan.
“Hish you ni, tak ada penyakit cari penyakit banyak lagi benda boleh buat nak juga gigih pergi jumpa budak-budak HIV semua bagai ni memang undang naya,” itu antara komen netizen yang tertera atas perkongsian tersebut.
Malah, video tular itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang sekali gus meraih perhatian ramai.
Wowowowo jangan marah aku. Aku faham pasal awareness ni tapi wondering nape ada lagi persoalkan macam comment ig tu. Jangan marah aku 😭🙏🏻
Pasangan HIV boleh berkahwin, mengandung dan mempunyai anak. Yang penting perlu ada pre-pregnancy counseling by the doctor yang merawat dahulu. Doktor kena pastikan viral load pesakit terkawal. Apapun berbincanglah dengan doktor yang merawat.
Boleh berkahwin dan tidak semestinya akan jangkiti pasangan kalau dirawat awal dan mengambil langkah pencegahan. wanita yang hiv positif pun boleh lahirkan anak hiv yang negatif kalau mengikuti rawatan semua.
Sementara itu, Shasa menerusi akaun Instagram telah membuat penjelasan bagi memperjelaskan kekeliruan sesetengah pihak.
“I don’t normally share this but, I feel like I need to. Sha tak expect video yang Sha posted a few days ago menarik perhatian some Instagram users.
“Ramai yang terkejut tindakan Sha memegang adik Siti yang postive AIDS. First of all, my intention was to bersedekah, selain nak hadiahkan Gift Box @olaolihq Travel Kit sekali gus meraikan Ramadan dengan anak-anak anugerah ni. Tak expect boleh bersua rapat.
“Just to share, Sha dah buat body check, I’m fine sihat and no open wounds (luka terbuka) for precaution. So kita taklah datang bawak gloves sebab hakikatnya HIV or AIDS cannot be transmitted via touching unless ada open wound.
“Maka demi untuk betul-betul capai objective and intention kita, Sha tak pakai gloves, lagipun ia untuk menjaga hati anak-anak ni,” tulisnya yang menegaskan HIV atau AIDS tidak mudah untuk berjangkit kepada orang lain.
Shasa yang juga seorang doktor pakar audiology dan juga usahawan Ola Oli yang memasarkan SuperOla, suplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak turut memuji usaha pengasas PERNIM, Datin Norlina Alawi yang mengorbankan masa dan tenaga menjaga anak-anak ini.
“Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di PERNIM dan pengasasnya, Datin Norlina Alawi seorang figura yang berjiwa besar.
“So lepas launch Ola & Oli hari tu, Sha selalu fikir mana lagi nak buat CSR ni kan, selalu asyik anak yatim je so this time, Sha try pula cari anak-anak HIV. Something different cause SuperOla is all about immune system right! Jadi macam kenalah dengan anak-anak HIV / AIDS ni yang sememangnya memerlukan makanan tambahan untuk increase imunisasi badan mereka.
“I sempat berbual dengan seorang pesakit AIDS yang dah memang kritikal. Nama dia Siti (dapat izin to share)
“Mama Norlina bukan saja mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, malah menjaganya sampai sekarang bahkan turut mengislamkan Siti dan abangnya. Mulianya hati Mama. Siti dpt virus HIV yang currently dah convert to AIDS daripada ibunya.
“Sebak sangat bila tengok Siti yang dalam keadaan lumpuh, buta dan ada jangkitan kuman dalam otak & constantly cakap yang dia sayang Mama Norlina,” tulisnya.
Bagaimanapun ramai juga warganet yang tampil memuji tindakan Shasa yang ambil ikhtiar dalam membantu anak-anak HIV dan AIDS dan pada masa sama cuba menghentikan stigma negatif terhadap penghidap penyakit tersebut.
“Proud of you, some people need to be educate more about HIV/AIDS disease plus precaution,” komen seorang pengikut Shasa.
“Spread the awareness. Just touch them. Hug them. Kiss them. The real killer is stigma. The disease is easily managed in this day and age and it does not transmit with touch,” tulis seorang wargamaya.
“Good you raise the awareness. AIDS ni ramai sangat ada stigma sampai pegang pun masih rasa boleh berjangkit,” ujar netizen lainnya.
Pempengaruh media sosial dan usahawan muda, Tyra Kamaruzzaman mengakui tidak kekok atau janggal biarpun perlu bekerja di bawah satu bumbung dengan bekas teman lelaki, Aazief Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut Tyra, 23, meskipun hubungan mereka sudah putus sejak empat tahun lalu, masing-masing tahu membezakan soal kerja dan peribadi.
“Dah lama dah sebenarnya, dah empat tahun dah (putus). I think if you learn how to let go of the past, sangat senang untuk bekerja dengan someone yang you had a past with.
“Even though things did not work out between me and Aazief, we keep it professional. Pada saya, kerja adalah kerja, hal peribadi yang dah lepas, biarkan berlalu.
“Kita pun dah besar dan kami pun tahu ini soal kerja. Setiap hari pun memang kami jumpa satu sama di pejabat, bekerja dengan Aazief sangat senang,” kata Tyra kepada MH ketika ditemui pada majlis pelancaran terbaharu produk Beautyra X Disney Princess di Lightbox, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.
Bercakap mengenai kolaborasi tersebut, Tyra berkata dia sangat berbesar hati apabila jenama antarabangsa seperti Disney mahu menjalinkan usahasama dengan produk yang diusahakannya.
“Sudah pasti saya berasa terharu dapat bersama-sama dengan Disney untuk kolaborasi ini. Dari kecil lagi, saya memang minat dengan watak-watak yang ada dalam Disney.
“Untuk produk lip tint dan maskara ini memang saya sengaja pilih watak-watak kegemaran saya seperti Mulan, Pocahontas dan Jasmine untuk koleksi kali ini.
“Harapnya kolaborasi ini akan dapat menambat hati ramai di luar sana,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Tyra Kamaruzzaman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.