
Penyanyi asal Singapura, Iskandar Ismail sekali lagi membuktikan kredibilitinya apabila menampilkan persembahan memukau menerusi medley lagu Depacito dan Iris pada saingan separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), malam tadi.
Ia sekali gus memberi tuah kepada Iskandar apabila berjaya menduduki tangga teratas dengan markah 77.75%.
Trio Mendua pula berada dikedudukan kedua dengan 70.00%, diikuti Mark Adam dengan 68.25%.
Sementara itu, hasrat Shae untuk meneruskan saingan ke malam kemuncak berkubur apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas menerima markah terendah dengan 65.00%.
Berikut adalah kedudukan penuh dan markah keseluruhan peserta minggu separuh akhir GV12;
Sebanyak 13 bintang berentap dalam Gegar Vaganza musim ini iaitu Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura serta kumpulan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.
Singapura pula diwakili oleh Iskandar Ismail, manakala SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini.
Ia pastinya menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Penganjuran Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap.
Program ini dikendalikan oleh dua hos, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA, Shah Alam bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam, dan dipancarkan menerusi Astro Ria (saluran 104).
GV12 juga boleh disaksikan secara strim On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini