Berita

Rezeki Anas Bergelar Juara Mualim Muda 2025, Kenali Juga Profil Tiga Finalis Lain Yang Tak Kurang Hebat Cipta Inspirasi!

Share

Selepas lapan minggu membuktikan kemampuan serta mempamerkan kualiti sebagai pendakwah berkaliber, anak jati Sungai Petani, Anas, akhirnya dinobatkan sebagai juara sulung program realiti dakwah, Mualim Muda, bulan lalu.

Kemenangan tersebut membolehkan Anas atau nama sebenarnya Anas Mokhtar membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000, trofi, kontrak duta Apcel Cafe dan Rocketfuel Entertainment, serta dilantik sebagai duta Astro Oasis.

Bukan calang-calang, bapa kepada enam cahaya mata inimemiliki kelulusan Sarjana Pengajian Islam (Feqah) dari University Mu’tah, Jordan, selain berkhidmat sebagai mutawif yang menyebarkan ilmu di Tanah Suci.

Dengan tagline ‘Sebarkan Ilmu, Semoga Bermanfaat’, Anas membuktikan komitmennya bukan sekadar kata-kata apabila berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran seawal

usia 12 tahun!

Namun, di sebalik pencapaian akademik dan kejayaan di pentas televisyen, perjalanan hidupnya turut diuji.

Anas pernah berdepan hakikat sukar apabila kehilangan tiga adik-beradik akibat talasemia.

Bagaimanapun dalam usaha memperluas akses ilmu kepada masyarakat, dia bangkit dengan menghasilkan dua kitab talaqqiiaitu Kitab Tahsin Al-Quran dan Kitab Bahasa Arab Bil Quran.

Tiga Finalis Turut Menyerlah, Cipta Inspirasi Tersendiri

Amar: Dari Asnaf ke Usahawan Buku Antarabangsa

Bergelar naib juara Mualim Muda Amar membuktikan bahawa jiwa muda dengan visi yang jelas mampu mengubah takdir kehidupan, disusuli doa dan usaha yang berterusan.

Amar merupakan lulusan Sarjana Pengajian Islam Syariah dari Universiti Hadhramaut, Yaman dan membawa tagline ‘Jiwa Muda, Misi Besar’.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga ialah pengasas dan CEO jenama penerbitan BeDaie.

Platform tersebut berkembang pesat sehingga buku-buku terbitannya terjual di 25 negara, termasuk mempunyai cawangandi Indonesia dan Amerika Syarikat.

Lebih mengagumkan, Amar pernah berada di titik paling bawah apabila dikategorikan sebagai asnaf.

Kini, dia bukan

sahaja bergelar usahawan berjaya, malah pernah membayar zakat sehingga RM160,000, satu simbolik perubahan hidup yang luar biasa!

Luqman & Ashraf: Dakwah Konsisten, Energi Tanpa Henti

Luqman yang menduduki tempat ketiga pula dikenali dengan pendekatannya yang tenang dan sederhana dalam membahaskan sesuatu isu.

Merupakan lulusan Sarjana Pengajian Islam Syariah dari Darul Mustafa, Tarim, Yaman, Luqman

kini berkhidmat sebagai guru agama (Guru Takmir).

Tagline yang dibawanya adalah ‘Ilmu Disemai, Iman Dituai’, sekali gus mencerminkan prinsip perjuangannya.

Selain aktif mengajar di kelas ilmu dan masjid, Luqman turut mengusahakan sebuah restoran di Negeri Sembilan.

Ruang belakang premis tersebut dijadikan tempat mengajar ilmu agama kepada penduduk setempat, membuktikan bahawa dakwah tidak memerlukan pentas besar, sebaliknya konsistensi.

Sepanjang bergelar pendakwah, Luqman juga pernah membantu lebih 10 individu memeluk Islam, termasuk satu kisah viral yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah.

Sementara itu, pemenang tempat keempat, Ashraf atau nama sebenarnya Muhammad Ashraf Abdul Rahman ini memiliki Diploma Bahasa Arab dari Markaz Nile, Mesir serta Ijazah Ulum Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Selain aktif sebagai mutawif, Ashraf juga ialah usahawan ternakan lembu. Minatnya dalam taranum terserlah melaluisuara merdu yang mencuri perhatian.

Ashraf turut terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan termasuk jualan pakaian, barangan umrah dan pelaburan hartanah.

Di media sosial, dia mempunyai lebih 355,000 pengikut di TikTok, menjadikan platform tersebut sebagai medium dakwahdan perkongsian mengenai bisnes yang diusahakan.

Sepanjang lapan minggu siaran Mualim Muda sebelum ini, para peserta diadili oleh barisan juri tetap iaitu Kazim Elias, Kamilin Jamilin dan Neelofa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Aizam Manaf