Pelakon Remy Ishak sebelum ini pernah memaklumkan dia merancang untuk mengeluarkan sebuah buku yang berkisahkan tentang hidup dirinya.

Bagaimanapun, bintang filem Sangkar itu akui fasa putus pertunangan dia bersama bekas tunang, Ezza Yusoff sedikit sebanyak mengekang dirinya untuk fokus.

Malah jadual lakonan yang tak menentu turut menjadi faktor perancangan tersebut kerap tertangguh.

“Saya akui apa yang terjadi sebelum ini dalam hidup saya sedikit sebanyak menganggu perancangan yang sebelum ini saya sudah rancang.

“Sebagai manusia biasa sudah pastinya akan merasai impak, perasaan sedih dan sebagainya.

IKLAN

“Tapi kalau boleh tak nak kaitkan benda-benda macam tu dalam kerjaya saya lagi.

“Jadi fasal buku biografi itu, saya terpaksa berhenti sekejap sebab tak nak menghasilkan sebuah buku yang tidak berkualiti,” katanya kepada MH.

Ditebak dengan persoalan cinta pula, bintang kacak berusia 37 tahun ini menambah, dia belum bersedia menjalinkan mana-mana hubungan serius.

IKLAN

“Saya dah move on, buat masa ini saya memang tidak ada membuka ruang untuk sesiapa sebab ini soal hati dan perasaan, tak terfikir lagi nak cari orang lain ketika ini.

“Memang nak sangat kahwin tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi.

IKLAN

“Bukan sebab saya terlalu memilih ke apa, tapi kadang-kadang kita kena memilih sebab nak hidup bersama ni untuk selamanya,” jujurnya.

Dalam perkembangan lain, Remy kini sedang melakukan pengambaran untuk drama bersiri Ombak Rindu yang bakal ditayangkan di siaran online iFlix.

Remy ditemui MH ketika menghadiri majlis Meet & Greet bersamanya dan Minaz HQ Warehouse, di Semenyih.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI