Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri tampil memperkenalkan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu, pada sambutan Syawal yang kedua.
Perkongsian tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram masing-masing.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkongsi keterujaan meraikan lebaran bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy, Ibu & Khawla.
“Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber,” tulis penyanyi Aku Cinta pada ruangan kapsyen.
Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, tampil memberikan amaran kepada seorang lelaki menerusi perkongsian sebuah video ringkas di laman Instagramnya.
Menerusi video itu, Caprice meluahkan perasaan bengang dengan individu tersebut yang dikatakan telah mengganggu isterinya, usahawan Farra Inalis dengan kerap menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp.
Caprice memberikan tempoh 24 jam kepada lelaki tersebut untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.
“Saya tak kisah jika anda mahu membenci saya… tetapi bila anda sudah mula kacau isteri atau anak saya itu tandanya anda telah melampaui batas.
“Bila awak menghubungi isteri saya pada malam hari, itu tandanya awak telah melampaui batas sehingga mengacau kehidupan peribadi saya.
“Saya rasa kamilah yang original.” Itulah reaksi yang diberikan oleh pemain gitar, Nordin ketika menjawab soalan wartawan mengenai kekeliruan para peminat terhadap kumpulan rock popular, Search yang kini berpecah kepada dua.
Menurut Nordin, dia dan Kid tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk keluar daripada kumpulan yang mula ditubuhkan pada tahun 1981 itu.
“Kami tak pernah pun buat kenyataan untuk keluar daripada kumpulan Search. Namun, terpulanglah kepada peminat. Itu pilihan masing-masing. Kami tak kisah dan okay sahaja.
“Sejak kebelakangan ini, saya pun jarang melayan apa yang berlaku di sosial media.Kami lebih memberikan tumpuan dalam studio,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, peminat juga bebas untuk menentukan mengenai pemilihan mereka terhadap kumpulan Search.
“Peminat berhak memilih untuk menonton konsert yang di ‘sana’ atau di sini. Kami hanya ingin ‘enjoy’ dan teruskan berkarya.
“Kami tiada niat pun untuk berlawan dengan sesiapa dan tiada tekanan juga buat kami. Kami hanya ingin habiskan konsert ini dan fokus ke perancangan seterusnya,” kongsinya lagi.
Nordin atau lebih mesra disapa Din berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Jelas seorang lagi pemain gitar, Kid pula, dia lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang respon terhadap komen-komen negatif meskipun ada kalanya ia agak menyakitkan.
“Walaupun peminat Search kini terbahagi kepada dua, jadi, sekarang mereka ada dua pilihan. Boleh dengarkan yang lama dan baru.
“Soal bergaduh ini memang tidak timbul sama sekali. Kami juga tidak pernah memberikan sebarang komen terhadap apa yang telah dilontarkan kepada kami walaupun kata-kata tersebut agak menyinggung perasaan.
“Apa yang penting sekarang ini adalah untuk bersikap jujur dan matang. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan berpegang kepada pegangan saya. Kalau saya ikut apa yang orang lain buat, maka, tiada beza antara kami,” kongsinya.
Lantaran itu, dia berharap agar para peminat untuk tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak memberikan sebarang bentuk kebaikkan.
“Jadi, saya mohon kepada peminat untuk tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikkan malah, akan membawa kepada kesan yang lebih buruk.
“Segala isu sebenarnya boleh diselesaikan menerusi perbincangan dalaman. Sebagai contoh, sekiranya ada masalah rumah tangga, takkan semua kita nak bagitahu di sosial media. Mesti kita bincang secara peribadi,” akhirinya.
Konsert Search Rocking On Rooftop bakal berlangsung pada 11 Jun ini di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.
Tiket juga sudah mula dijual menerusi laman web www.fenomenasearch.com bermula pada harga RM88, RM 198 dan RM289.
Konsert kali ini juga bakal menampil vokalis baru kumpulan Search yang juga merupakan penyanyi asal Indonesia, Denden Gonjalez.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Search
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam nama rapper yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique, MK hangat diperkatakan.
Ia susulan selepas tularnya sebuah video yang memaparkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sedang memimpin seorang wanita ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini.
Video berdurasi hampir 30 saat itu dikongsikan oleh seorang individu di aplikasi Tik Tok.
“Ada yang patah. Bukan kayu tapi hati,” tulis individu tersebut.
MK bersama gadis berkenaan dilihat mengenakan pakaian sedondon serba hitam sewaktu menghadiri majlis tersebut.
Malah, MK juga dilihat sempat melambaikan tangan buat para tetamu yang hadir.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai selain turut tertanya-tanya siapa gerangan wanita tersebut.
“Sesuai cantik molek. Moga berbahagia.
“Ada yang patah tapi bukan kayu dan hati. Semua patah tengok macam ni.
“Dah la saya redakan.
“Kalah tanpa bertanding ni.
“Sentiasa tersenyum. Respek dengan MK,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 2 juta tontonan dan turut dihujani ribuan komen.
Dalam perkembangan lain, MK baru sahaja muncul menerusi filem terbarunya yang berjudul Bunga Dan Kayu yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro First.
Selain MK, filem ini juga turut dibintangi pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Azira Shafinaz, Zalif Sidek, Yazmin Aziz dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Sugardoll.finie Instagram MK K- Clique
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.