Processed with VSCO with b1 preset

“Ratu Universe Filipina, Gazini Ganados ialah pemenang Kostum Nasional Terbaik Miss Universe 2019! Tahniah, Gazini.” Itu status terkini yang dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi Miss Universe.

Status yang dikongsikan kira-kira sejam lalu itu nyata menimbulkan tanda tanya dan mengejutkan ramai pihak.

Malah, tulis ciapan itu lagi, hos program berkenaan, Steven Harvey telah menyebut nama pemenang dengan betul.

IKLAN

Namun entah bagaimana silapnya, pihak penganjur pula difahamkan menyiapkan Ratu Malaysia, Shweta Sekhon untuk ditemu ramah, berkongsi cerita mengenai apakah yang dimaksudkan menerusi kostum yang dikenakan.

Malah ketika pengumuman secara langsung awal hari ini, Steve telah membaca pemenangnya, Miss Philippines dengan betul, sebagaimana yang tertera pada skrin.

IKLAN

Lalu yang menjadi tanda tanya, mengapa pihak produksi membawa masuk Miss Malaysia, siap mengenakan kustomnya? Malah Steve juga ada menemubual, membayangkan seolah-olah Shweta adalah pemenang untuk kategori berkenaan.

IKLAN

Bagaimanapun, ada yang memberi pendangan, Ratu negara kita itu adalah antara yang terbaik dalam kategori tersebut, seterusnya dipelawa untuk ditemu bual memandangkan Ratu Filipina masih di atas pentas setelah terpilih dalam kedudukan Top 20.

Mungkin jelitawan tersebut tidak sempat tukar pakaian kepada kostum yang dimenangi lantas Shweta disiapkan bagi sesi berkenaan.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI