Categories: Berita Hiburan

Che Ta Syukur Anak Sulung Selamat Bertunang, Rancang Kahwin Jun 2026 – “Rasa Macam Baru Semalam Lahirkan Dia.”

Share

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dan reda menerima lumrah kehidupan, bahawa setiap insan ditakdirkan berpasangan.

Rozita berkongsi rasa itu sejurus selesai majlis pertunangan anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, 29, bersama wanita pilihannya, dengan Auni Ikhwan, 26, di Lantera Venue pada 25 Oktober lalu.

Majlis bertemakan warna pastel itu berlangsung sederhana namun penuh makna, dihadiri kira-kira 500 tetamuyang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan.

Menurut Rozita yang lebih mesta sebagai Che Ta menjelaskan jika tiada aral, pasangan ini bakal disatukan pada 26 Jun tahun hadapan.

Rasa macam baru semalam saya melahirkan dia (Ammar) selepas menempuh hidup sebagai ibu tunggal.

“Dia banyak melihat suka duka saya. Kini, tiba masanya dia pula mulakan kehidupan sendiri,” ujar Che Ta yang kini kembali aktif berlakon dalam drama Bahagia Yang Tertangguh arahan Osman Ali.

Harapan Ibu Buat Anak Sulung

Sebagai ibu yang terkenal dengan sifat penyayang, Che Ta turut turun padang memastikan setiap persiapan pertunangan berjalan lancar, daripada tempahan pakaian, dulang hantaran hingga ke lokasi majlis.

Malah dia juga menghormati permintaan keluarga pihak perempuan untuk tidak mendedahkan wajah tunang Ammar buat masa ini.

Hal sebegini membabitkan dua keluarga, jadi kami sama-sama mahukan yang terbaik. Majlis kahwin pun dah tak lama. Pejam celik dah dekat hari bahagia mereka,” katanya lagi.

Ammar kini bertugas sebagai pegawai di sebuah premis bank, manakala Auni bekerja di sebuah syarikat di dalam bidang pemasaran.

Berkongsi mengenai tempat tinggal pasangan selepas berkahwin, Che Ta bersikap terbuka.

Saya dan suami okey saja kalau mereka nak tinggal sekali dengan kami di rumah. Tapi kalau mereka nak privasi sendiri pun, kami hormati

,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta menitip nasihat buat Ammar dan Auni agar menjaga batas, emosi, dan komunikasisepanjang tempoh pertunangan.

Fasa tunang ni darah manis. Kena sama-sama belajar kawal ego, bincang tentang masa depan dan kewangan.

“Saya harap Ammar jadi pelindung buat bakal isterinya. Kalau boleh, biarlah perkahwinan ini sekali seumur hidup,

” katanya penuh doa.

Selain sibuk dengan urusan keluarga, Che Ta turut berkongsi keterujaannya kembali ke set lakonan selepas dua tahun berehat.

Dia juga bakal terlibat dalam projek filem Anak Mami Jarum Dalca Cinta Kerabu arahan Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen.

Selain itu, Che Ta turut memberi fokus terhadap cabang perniagaan selain sibuk berniaga menerusi platform TikTok.

“Bulan ini pun saya terpaksa korbankan Komitmen buat ‘live’ TikTok sebab sudah mempertimbangkan kerja berlakon.

“Biasalah ada ‘kos melepas’’, tapi mujur ada pasukan yang sama-sama membantu,” Katanya.

Terdahulu pada majlis pertunangan itu, Hunny Madu diberi tanggungjawab mengemudi majlis dan Pencetus Ummah (PU) Amin juga diundang membacakan doa.

Sementara pereka fesyen, Man Kajang dipertanggungjawab untuk menyiapkan dulang hantaran bagi kedua belah keluarga.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Foto; Ihsan @aslvn

@mediahiburanofficial #MHnews Sedondon serba kuning, penampilan Rozita Che Wan sekeluarga pada majlis pertunangan anak sulungnya, Ammar Effendy yang berlangsung malam tadi di Lantera Venue 👰🏻💍 Momen indah di hari bahagia, dulang hantaran kedua pasangan sama cantik sama padan pula indah digubah Man Kajang 💖✨ Syukur alhamdulillah… [📹 jaydeesm] #MHnews #MediaHiburan ♬ Wedding piano songs – Cookey
Published by
MH