Aktres dan usahawan jelita, Rozita Che Wan diakui sebagai antara selebriti yang cukup lantang di dalam menyuarakan pendapat atau memberikan komen menerusi media sosial, terutamanya di Instagram (IG).

Bagaimanapun, ada segelintir yang mudah terhibur dengan setiap frasa yang ditaip bintang berkenaan, hingga ia menjadi bahan lawak netizen. Mengenali Che Ta, dia sedia dikenali sebagai selebriti yang happy go lucky.

Ditanya apa komennya mengenai hal tersebut, pelakon Kak Marr sendiri terkejut dan ketawa apabila diajukan persoalan sedemikian.

IKLAN

Ramai Yang Terhibur Baca Komen Atau Kapsyen Tegasnya di Instagram, Ini Reaksi Rozita Che Wan!

IKLAN

“Ye ke? Kelakar ke? Kadang-kadang saya sendiri tidak sedar apa yang kita komen itu menjadi perhatian. Saya hanya luahkan apa yang dirasakan ketika itu. Mungkin juga sebab personaliti saya buatkan ada yang terhibur dengan ayat-ayat yang ditulis,” katanya kepada MH.

Mengulas sejauhmana keterbukaannya di dalam menerima kecaman atau kritikan setiap kali meluahkan sesuatu di media sosial, bintang berusia 45 tahun ini mengakui dia sudah kalis dengan cemuhan kerana orang di luar sana tidak mengenali secara dekat.

IKLAN

Ramai Yang Terhibur Baca Komen Atau Kapsyen Tegasnya di Instagram, Ini Reaksi Rozita Che Wan!

“Kecaman? Saya sudah kalislah. Ada perkara yang mereka komen saya boleh terima. Kadang-kadang ada betulnya juga. Cuma ada yang macam tak tahu kebenaran, itu yang buatkan kita akan jawab balik.

 

“Ada yang saya okay je. Bila rasa tidak betul, kita buatlah cara kita,” katanya yang bakal menyambut lebaran di Kuala Lumpur dan Kedah tahun ini. 

Foto: Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI