Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor meluahkan rasa kesal terhadap pemikiran segelintir pihak yang sering menyalahkan kaum wanita setiap kali isu gangguan seksual berlaku.

Berkongsi di laman Twitter, rasa kesal tersebut dibuat susulan daripada beberapa isu gangguan seksual yang tular di media sosial baru-baru ini.

Antaranya  ialah kes yang melibatkan Pegawai Timbalan Menteri yang didapati bersalah merakam bawah skirt seorang wanita dan yang terbaru himpunan gambar wanita mengandung yang dijadikan bahan untuk onani.

IKLAN

“Apa benda tah sorang letak telepon bawah skirt, sorang lagi berahi gambor pompuan pregnant. apekemendenyelah!!!

“Yang lagi ba alip ngang ialah bila pompuan jugak laaahhhhh yg disalahkan. Kome punya punei tu memang sentiasa cari pembelaan ke cemana?” tulisnya.

Tambah Adibah, dia berasa sangat hairan mengapa wanita sering kali dipersalah di dalam isu ini sedangkan sudah jelas si pelakunya adalah dikalangan lelaki.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Adibah yang berpendapat mangsa tidak sepatutnya dipersalahkan di dalam isu ini.

IKLAN

“Punai Tu Selalu Cari Pembelaan ke?”- Isu Gangguan Seksual, Adibah Noor Bengang Dengan Siapa?

IKLAN

“Punai Tu Selalu Cari Pembelaan ke?”- Isu Gangguan Seksual, Adibah Noor Bengang Dengan Siapa?

Pada pendapat MH, menyalahkan mangsa adalah satu tindakkan yang tidak wajar kerana perkara tersebut akan mendorong mereka mengalami masalah yang lebih serius seperti depressi dan tekanan perasaan.

Foto: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI