Sudah tonton filem percintaan epik ‘Pulang’ di pawagam berhampiran? Khabarnya, filem tersebut telah mendapat jumlah kutipan lebih sejuta ringgit selepas seminggu lebih ditayangkan.

Filem mega terbitan Primeworks Studio ini kekal menjadi bualan ramai dan pada suatu ketika hashtag #PulangTheMovie turut trending di media sosial.

MH kongsikan 10 trivia menarik mengenai filem Pulang yang patut korang tahu, jadi kena tonton segera

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

  1. Diarahkan Oleh Pengarah Tersohor

Sutradara tersohor, Khabir Batia bukanlah satu nama asing bagi pemiat filem di Malaysia. Karya-karya hebat beliau seperti Cinta, Sepi dan Nur Kasih sudah cukup untuk membuktikan Pulang bukanlah filem klise dan sembarangan.

Jika filem-filem Khabir Batia berjaya meruntun jiwa dan sanubari anda sebelum ini, bayangkan pula bagaimana emosinya bila anda menonton filem Pulang ini.

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

2. Berdasarkan Kisah Benar

Buat pengetahuan anda, Pulang merupakan kisah benar melibatkan  tiga generasi keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar Ahmad. Watak yang dimainkan Erwin Dawson adalah watak Datuk Ahmad Izham Omar sendiri yang diminta oleh Allahyarham neneknya Che Tom untuk mencari datuknya, Allahyarham Othman..

Garapan sempurna yang diselitkan dengan unsur-unsur dramatik dan tragis dalam era yang berbeza membuatkan jalan cerita Pulang penuh dengan emosi.

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

3. Usaha Remy Ishak

Dari segi lakonan pula, pelakon Remy Ishak wajar diberikan pujian untuk hasil kerjanya yang menakjubkan. Watak berat yang menonjolkan Othman yang tersepit di antara cinta dan kasih sayang dengan kesungguhan mengejar cita-cita.

Aksi-aksi lasak yang perlu Remy tampilkan juga mencabar, namun dia tetap dapat melaksanakannya dengan baik.

IKLAN

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

4. Kos CGI Menelan Belanja Sebanyak 6 Juta

Memetik laporan Mstar, kos pembikinan filem ini telah menelan belanja sebanyak 6 juta ringgit dan seterusnya diangkat sebagai filem termahal yang pernah dihasilkan Primeworks Studio. Wow, jangan main-main!

Menurut Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Nor Shahila Harun, ia termasuk hasil kesan khas imej janaan komputer (CGI) yang dibuat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berjumlah RM2 juta.

Primeworks nampaknya telah bekerja keras untuk latar laut bergelora serta ‘setting’ di atas kapal yang nampaknya lebih realistik. Difahamkan 70% daripada pembikinan filem ini menggunakan khidmat CGI.

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

5. Berlatarkan Melaka, Hong Kong dan Liverpool

Kisah ini menekan sejarah kelasi di Malaya yang bekerja keras di atas kapal-kapal dagang selepas perang Dunia Kedua dan akhirnya bermastautin di Liverpool. Dari perspektif lain, penonton juga dapat melihat kerinduan yang dialami Thom dan Omar selama 6 dekat.

IKLAN

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

6. Pelakon Harus jalani Sesi Ujibakat.

Untuk pengetahuan anda, sesi pemilihan pelakon Pulang bukanlah dibuat hanya sekadar tangkap muat tetapi para pelakon haruslah menjalani sesi uji bakat terlebih dahulu. Dari situ kita boleh lihat watak yang ditawarkan adalah berat dan hanya yang layak sahaja mampu menggalas tugas tersebut.

Selain itu, seramai 500 pelakon tambahan telah digunakan sepanjang pembikinan filem tersebut berlangsung. Sebelum sesi pengambaran dijalankan, para pelakon turut menghadiri kelas lakonan dari Fatimah Abu Bakar untuk menjiwai watak masing-masing.

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

7. Lokasi Pengambaran Di Pantai Mangkuk, Setiu

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

Seperti semua sedia maklum, filem yang berkisarkan kehidupan seorang kelasi ini banyak melibatkan babak-babak di pantai dan juga lautan. Pantai Mangkuk, Setiu merupakan lokasi utama bagi filem pulang ini. Pantai yang bersih serta jarang diteroka ini bakal membuka mata anda tentang keindahan pulau-pulau yang ada di Malaysia khususnya di negeri Terengganu.

IKLAN

8. Remy Ishak Hampir Lemas

Dalam kesungguhan pelakon menjayakan watak mereka, hero, Remy Ishak dikatakan hampir lemas demi mendapatkan shot yang terbaik di dalam air.

Disamping itu,  Remy Ishak turut terperangkap dan mengambil masa untuk ‘move on’ daripada watak Omar selepas tamat penggambaran di mana dia merinduikan kedamaian laut dan karakter Omar itu sendiri.

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

9. Lagu Tema Dendangan Dayang Nurfaizah

Untuk filem ini, Dayang Nur Faizah diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu tema filem Pulang berjudul ‘Layarlah Kembali’. Vokal yang mantap serta lirik yang mendalam, sudah pasti menaikkan lagi ‘feel’ dalam semua babak yang menyayat hati.

Ditambah pula dengan kepakaran pengarah yang memang tahu bagaimana untuk bermain dengan emosi, pastikan anda bersedia dengan stok tisu anda kerana bakal ada air mata yang akan mengalir semasa menonton filem ini.

10. Barisan Pelakon Yang Mantap

Selain Remy Ishak, filem Pulang turut dibintangi nama-nama besar seperti Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Darson, Datuk Jalaluddin Hassan dan Juliana Evans. Barisan pelakon yang berpengalaman berjaya membuatkan filem ini kelihatan segar dan tidak kekok di mata penonton.

Pulang Filem Cinta Yang Epik, Ini 10 Sebab Korang Perlu Tontonnya di Pawagam!

Oh ya, sediakan tisu kerana pengakhiran kisah ini sangat menyentuh hati dan perasaan anda. Ia akan membuatkan anda untuk lebih menghargai insan yang tersayang sebelum terlambat!

Foto/Gambar: Carian Google/ Youtube

https://www.youtube.com/watch?v=BQ44Ibbfqn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI