
Selebriti dan usahawan, Neelofa berkongsi antara cara dan tip yang diamalkannya untuk terus kekal istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Menerusi perkongsian sedutan video di TikTok yang tular, ibu kepada dua cahaya mata itu menyatakan, dia amat terinspirasi dengan kenalan yang mampu mengkhatamkan Al-Quran secara konsisten.
“Pertama, saya sentiasa terinspirasi dengan orang yang selalu boleh khatam Al-Quran. Antaranya kenalan yang asyik khatam, saya memang rasa terinspirasi sangat,” katanya.
Menurut figura yang kini berusia 36 tahun itu lagi, dia turut memaksa dirinya untuk sentiasa melihat kandungan media sosial yang membawa mesej kerohanian dan mendekatkan diri kepada agama.
“Kedua, bila tengok reels di media sosial, kita bukan sahaja tengok carian yang ada kandungan lawak tapi yang menyentuh hati ni. Sebab itu memang tidak akan scroll reels kalau ia ada kaintan dengan kandungan Islamik.
“Walaupun kita tak nak dengar, tapi paksa juga. Kan 30 saat saja. Kalau video lain boleh pula kau tadah muka 20 minit,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, suaminya yang juga penceramah bebas, PU Riz atau Haris Ismail turut menzahirkan rasa kagum dengan semangat isteri yang tetap usaha untuk konsisten berpakaian menutup aurat walaupun dalam keadaan cuaca yang panas dan berdepan dugaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.