Pendakwah, PU Amin telah hadir ke majlis aqiqah anak pelakon Adam Corrie beberapa hari lepas.
Menariknya, Amin telah memberi ucapan yang sangat bermakna kepada pelakon yang popular menerusi filem KL Gengster itu mengenai kehidupan sebagai seorang yang bergelar mualaaf menerusi kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
“Rezeki manusia itu ada cepat ada lambat . Setia dan cinta dia pada isteri yang sering digelar bidadari hidupnya membuahkan hasil yang sempurna..
Allah Swt makbulkan hajatnya untuk memiliki dan membesarkan seorang khalifah,” tulisnya.
“Dalam hidup kita Allah swt akan berikan sesuatu terbaik pada masa yang terbaik . Sangka baik pada Allah Swt , Allah Swt kasih kan kita , DIA tidak akan menzalimi kita , berdoalah dan berusahalah agar sesuatu yang istimewa dari hajat sekian lama akan terlaksana.
Berdoalah kebaikan untuk manusia lain , nescaya Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita .Ini motivasi bagi diri,” tulisnya lagi.
Menerusi gambar tersebut, PU Amin bergambar bersama isteri dan dua orang anaknya ketika menghadiri majlis aqiqah anak Adam, iaitu Adam Fateh Lee.
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.
Ini merupakan perkara yang terindah buat Adam dan isteri setelah 10 tahun menanti cahaya mata.
Adam telah memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isteri, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.
Foto : Instagram Pu Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI