Bintang realiti Mat Redho berkongsi foto semasa menyertai Sasuke Vietnam (Ninja Warrior) baru-baru ini.

Katanya di kapsyen, isteri dan anak adalah penguat semangatnya untuk menyempurnakan misi tersebut malah sempat juga menyampaikan ‘hajat’ kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Alhamdulillah..sy bawak family @nureain.k pegi ke Vietnam..bagi sy diorng lah yg buat saye lagi kuat..dan doa kalian semua yg buat saye focus untuk tidak tercundang awal..bendera didada yang buat saya gerun untuk kalah.

“Video 1st stage untuk Sasuke Vietnam 2018 nanti saye upload.. Sape nak tengok..mohon bantu tag YB SS @syedsaddiq …mane tau die bantu saye tahun ni..untuk ke Perth minggu depan,” tulisnya.

IKLAN

Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen netizen yang turut ‘tag’ Syed Saddiq meminta agar dia memberikan perhatian kepada pencapaian Mat Redho.

“Please YB Syed Saddiq, Support Mat Redho,”- Ramai Yang Tag Syed Saddiq Fasal Isu Artis Ini, Sebab Apa? “Please YB Syed Saddiq, Support Mat Redho,”- Ramai Yang Tag Syed Saddiq Fasal Isu Artis Ini, Sebab Apa? “Please YB Syed Saddiq, Support Mat Redho,”- Ramai Yang Tag Syed Saddiq Fasal Isu Artis Ini, Sebab Apa?

IKLAN

Sementara itu, Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan turut berkongsi video dia menyempurnakan misinya dalam kejohanan tersebut.

IKLAN

Wow! Bak kata orang di mana kemahuan, di situ ada jalan. Mat Redho membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu bersaing dengan orang lain. Syabas MH ucapkan!

Foto/Instagram: Mat Redho

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI