Uncategorized

“Please, Stop”- Youngjae [GOT 7] Merayu Peminat Fanatik Berhenti Mengganggunya

Share

Antara salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi selebriti apabila terpaksa berhadapan dengan peminat yang terlampau fanatik.

Misalnya di Korea Selatan, kumpulan peminat yang terlalu fanatik ini digelar ‘sasaeng fans’ dan sering kali menimbulkan masalah kepada grup-grup kpop ini.

Terbaru, salah seorang ahli kumpulan popular GOT7, Youngjae pula memuat naik entri di Instagram berkaitan dengan ‘sasaeng fans’ ini.

“Tolong berhenti hantar mesej kepada saya. Sudah 5 bulan….Tolonglah berhenti,” tulisnya.

 

Sebelum ini, ketua grup Girl’s Generation, Taeyeon dan ahli grup EXO, Baekhyun turut menjadi mangsa diganggu ‘sasaeng fans’ yang sering menelefon mereka.

Selain itu, ahli kumpulan Super Junior juga pernah terlibat dengan kemalangan kereta apabila melarikan diri daripada ‘sasaeng fans’ ini.

Malah difahamkan, di Malaysia sendiri pernah menyaksikan ‘sasaeng fans’ yang berjaya memecah masuk mencari bilik ahli kumpulan Wanna One di hotel tempat mereka menginap membuatkan grup tersebut terpaksa berpindah hotel.

Malah, kumpulan ‘sasaeng’ ini sememangnya dibenci oleh para selebriti dan juga para peminat lain kerana membuatkan orang ‘luar’ memandang serong para peminat kpop ini.

Apa-apapun, bulan Julai ini akan menyaksikan ‘kebanjiran’ grup kpop membuat konsert di Malaysia, MH harap bahawa tiada peminat yang akan mendatangkan masalah semasa ‘majlis’ berlangsung ya.

Foto: Carian Google & Instagram

IKLAN