Para selebriti meluahkan kekesalan mereka berikutan berita seorang bapa menetak anaknya yang berusia lima tahun sehingga mati baru-baru ini.

Antaranya adalah penyanyi, Haiza Hanafi yang berkongsi kekesalannya menerusi laman Instagramnya.

“Please please stay away from drugs,” tulisnya.

View this post on Instagram

??????? Please please stay away from drugs..

A post shared by حيزا (@haizahanafi) on

Selain Haiza, pengacara, Ahmad Fedtri Yahya juga turut mengulas perkara itu di Instagramnya dengan memetik laporan beritanya.

“Sampai bila kes demi kes. Kanak-kanak suci menjadi mangsa. ‘Bapa mangsa kemudian ditahan di lokasi kejadian dan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis syabu.

 

“‘Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa hanya tinggal berdua bersama bapanya di rumah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan parang di dalam kediaman itu,'” tulisnya pula.

IKLAN

Menjengah di ruangan komen, dipenuhi dengan luahan kekesalan netizen mengenai insiden tersebut.

“Please Please Stay Away From Drugs,”- Selebriti Luah Kekesalan Isu Bapa Tetak Anak Hingga Mati

IKLAN

“Please Please Stay Away From Drugs,”- Selebriti Luah Kekesalan Isu Bapa Tetak Anak Hingga Mati

“Please Please Stay Away From Drugs,”- Selebriti Luah Kekesalan Isu Bapa Tetak Anak Hingga Mati

IKLAN

Insiden itu berlaku di sebuah Flat Puchong pada Isnin apabila kanak-kanak lelaki itu maut ditetak bapa kandung sendiri kira-kira jam 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa yang cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Menurutnya, hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian.

Foto: Instagram artis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI