Kemelut yang berlaku melibatkan soal kunjungan dan nafkhah buat anaknya bersama bekas suami, Azmi Hatta iaitu Putri Sara Sefhia akhirnya menampakkan perkembangan positif apabila kedua-dua pihak cuba mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Jika sebelum ini MH ada bertanya kepada penyanyi Janji Kekasih ini mengenai apakah reaksinya terhadap isu berkenaan, Elly pada masa sama mengakui dia tidak mahu lagi ungkit hal lepas yang hanya boleh menjejaskan hubungan.

IKLAN

Sebaliknya, ia hanya mahu berkongsi hal yang baik-baik demi anak mereka yang kini sudah pun berusia 2 tahun.

IKLAN

“Saya merumuskan perkara ini sudah selesai sebenarnya. Pada saya, bila bekas suami dah sampai, datang rumah jenguk Sephia semua masalah hilang. Itu yang saya mahukan selama ini dan saya berterima kasih kepadanya sebab dia datang. Sekali gus, menyelesaikan semua masalah yang ada.

 

“Sepatutnya dia buat perkara in sejak dahulu lagi, tapi tidak mengapa dia datang jenguk pun sudah syukur alhamdulillah dan tak mahu lagi cerita yang lepas, mahu cakap hal yang baik-baik dan manis-manis sahaja,” katanya yang akui sebelum ini, dia menggunakan cara agak keras bagi menyerdarkan bekas suami.

Ditanya mengenai harapannya terhadap isu berkaitan, Elly mengharapkan yang terbaik dan berdoa supaya kunjungan bekas suami bagi isi masa bertemu anak akan kekal sampai bila-bila.

IKLAN

“Saya harap ia akan kekal sampai bila-bila. Mahkamah sudah bagi hak lawatan kepada dia seminggu sekali untuk melawat anak, tetapi pada saya kalau dia nak jenguk hari-hari pun tidak mengapa. 

 

“Pintu rumah saya sentiasa terbuka dan jangan risau dalam rumah ada Abah, pembantu rumah. Jadi pastinya selesa untuk dia. Macam baru-baru ni pun dia datang dengan selesa, tiada apa-apa masalah. Sefhia perlukan kasih-saya daripada bapanya,” akhiri bintang yang mesra disapa sebagai Kak Lina ini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI