Waliyha Azad merupakan adik perempuan penyanyi popular Zayn Malik yang kini sedang hangat diperbincangkan kerana penampilan barunya.

Tidaklah sepopular abangnya, namun Waliyha Azad pernah terlihat dalam video klip “Story of My Mife” yang merupakan salah satu lagu dari One Direction pada tahun 2013 dahulu.

Pesona Waliyha, Adik Zayn Malik Kini Berhijab

Anda boleh lihat video di bawah, Waliyha pada minit 01:00.

Gadis berusia 19 tahun ini dikejutkan dengan penampilan barunya yang mengenakan hijab di Instagram setelah agak lama menyepi.

IKLAN

Sebelum ini, Waliyha lebih selesa dengan rambut panjangnya yang ikal dan tebal. Namun kini, ia memilih gaya berhijab moden.

Pesona Waliyha, Adik Zayn Malik Kini Berhijab

Jika dilihat daripada posting dalam akaun instagram miliknya, Waliyha sudah mengenakan hijab sejak awal Januari lalu lagi.Penampilan adik Zayn Malik itu tetap mendapat perhatian meskipun belum konsisten dalam mengenakan hijab.

IKLAN

Waliyha juga mempunyai blog yang dikongsi bersama kakak sulungnya, Doniya di mana mereka sering berkongsi tentang produk mekap dan fesyen.

Dua beradik ini berasal dari Bradford England, United Kingdom tapi menetap di London. Mereka juga mempunyai empat orang adik beradik yang bernama Safaa termasuk Zayn.

Mereka sekeluarga telah menggunakan nama keluarga sebagai Malik mengikut nama bapanya, Yaser Malik.

IKLAN

Waliyha juga mempunyai seramai 762,000 pengikut di Instagramnya.

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI