Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam satu taklimat pada Khamis, mengesahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian pesawat penumpang milik American Airlines (AAL) yang bertembung di udara dengan sebuah helikopter tentera.
Seramai 64 orang, termasuk penumpang dan anak kapal pesawat, serta tiga anggota tentera di dalam helikopter, telah terkorban.
“Ini adalah malam yang gelap dan menyakitkan dalam sejarah negara kita. Ia adalah satu tragedi yang amat dahsyat. Sebagai satu negara, kita berkabung atas kehilangan setiap nyawa yang terjadi secara tiba-tiba ini,” Ucap presiden AS ke-47 itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif American Airlines, Robert Isom, turut menyatakan kesedihan syarikat penerbangan itu terhadap insiden malang yang berlaku.
Ads
Pesawat yang terlibat adalah sebuah Bombardier CRJ700 yang dikendalikan oleh PSA Airlines, anak syarikat American Airlines.
Imbas kembali, pesawat dengan nombor penerbangan 5342 itu sedang dalam penerbangan dari Wichita, Kansas, ke Washington, D.C., sebelum bertembung dengan sebuah helikopter Sikorsky H-60 sekitar jam 9 malam, menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Ads
Pesawat Bombardier CRJ700 ini tidak mempunyai sejarah masalah teknikal dan sering digunakan untuk penerbangan jarak dekat.
Ads
Menurut beberapa laporan media, pesawat tersebut membawa sekumpulan atlet luncur ais, jurulatih mereka, serta ahli keluarga yang sedang dalam perjalanan ke ibu negara.
++Untuk berita terkini serta hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pempengaruh yang sinonim dengan gelaran ‘Durian Kimchi’, Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim, memaklumkan mereka telah pun menyambut kelahiran cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsikan di Instagram, berkongsi bahawa putera mereka selamat dilahirkan pada Rabu, jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.
Apa yang menarik, bayi seberat 3.67 kilogram (KG) itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya.
“19 Februari 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19 Februari 1992,” tulis Ryzal.
Dalam perkongsian sama, Ryzal turut meluahkan rasa syukur dan berharap agar mereka dapat menjalankan amanah ini dengan seikhlas hati.
“Syukur dengan anugerah dan rezeki yang Allah kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” kongsinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah serta doa untuk bayi comel mereka.
Hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 37,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyebabkan beberapa rakan menjauhkan diri.
Menurut Rozita, 52, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, mendedahkan situasi tersebut tidak mengejutkannya, namun dia melihatnya sebagai ketentuan Allah dalam memperlihatkan kebenaran.
“Mestilah ada yang menjauhkan diri. Apabila Allah memberikan ujian kita boleh tengok yang mana Allah nak jauhkan kita daripada dia, masa itulah dia pergi.
“Saya fikir positif saja. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya,” katanya ketika ditemui sejurus acara pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan.
Dalam masa sama, Che Ta mendedahkan dia sudah bebas hutang kecuali pinjaman perumahan.
“Alhamdulillah semua dah selesai. Sudah tiada apa-apa (kaitan).
“Cuma saya masih ada hutang rumah yang perlu dibayar. Rasanya semua orang pun tidak boleh mengelak dengan komitmen seperti itu,” katanya.
Mengulas mengenai keputusannya untuk berdiam diri sejak isu berkaitan menjadi perbualan hangat, Che Ta menjelaskan kematangan mengajarnya cara terbaik untuk menangani setiap perkara.
“Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada masalah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri.
“Cuma mungkin sekarang saya semakin matang dan bila mana membabitkan ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak.
“Apabila berhadapan dengan benda begini, Mereka tertanya-tanya bagaimana saya boleh setenang ini.
“Saya hanya mampu cakap, setiap masalah akan ada masa untuk dia berakhir.
“Allah takkan turunkan ujian itu kalau kita sebagai hamba ini tak dapat nak menanganinya. Saya percaya Allah akan selalu ada,” katanya lagi.
Terdahulu pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Bagaimanapun aktres itu dipercayai sudah membuat pembayaran sebanyak RM 550,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan pempengaruh Indonesia, Fuji atau nama sebenarnya Fujianti Utami Putri, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertemu peminat di Malaysia dalam sesi Meet & Greet HijabistaHub x Tune Talk Raya Paling Epik di Setia Alam, baru-baru ini.
Turut hadir dalam acara tersebut ialah pelakon Ipar Adalah Maut, Davida Karamoy, salah seorang ‘muse’ HijabistaHub 2025, Zizan Razak serta Pegawai Eksekutif (CEO) baharu mereka, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
“Saya terkejut dan terharu dengan penerimaan baik peminat di sini. Ramai yang datang beri sokongan. Sebelum sesi ini, saya terfikir juga bagaimana nanti reaksi peminat di sini nanti.
“Alhamdulillah, sambutannya baik sekali. Ada yang minta untuk bergambar dan memanggil nama kami. Semuanya okay.
“Malah peminat di sini juga sangat sopan. Jika mahu bergambar, mereka akan tanya (minta izin) terlebih dulu,” kata Fuji yang pertama kali dilantik sebagai duta busana raya di Malaysia.
Sementara itu, pelancaran ibu pejabat baharu HijabistaHub juga diumumkan secara rasmi, yang dibina di atas kawasan seluas lebih satu ekar dengan konsep moden, lengkap dengan butik di tingkat bawah.
Pengasas HijabistaHub, Wanie Elena berkata, pelancaran ini melambangkan pertumbuhan pesat syarikat serta komitmen mereka dalam menawarkan fesyen berkualiti tinggi kepada pelanggan.
“Sebagai jenama fesyen yang menghargai sokongan pelanggan, kami amat berbesar hati melancarkan ibu pejabat baharu ini serta memperkenalkan kempen ‘Raya Paling Epik!’ tahun ini.
“Kami mahu menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna, bukan sekadar mendapatkan pakaian bergaya dan berkualiti, tetapi juga memberi peluang kepada pelanggan untuk membawa pulang hadiah impian, termasuk sebuah rumah dua tingkat, kereta, pakej umrah, dan motosikal.
“Ini adalah tanda penghargaan kami kepada semua yang telah menyokong sejak hari pertama,” katanya, sambil disokong Pengerusi HijabistaHub, Ahmad Syafiq Hilmi.
Menurut Ahmad Syafiq, HijabistaHub optimis mahu mengukuhkan jenamanya dengan menjalin kerjasama buat julung kali bersama Tune Talk, jenama telco terkemuka di Malaysia.
Kolaborasi antara dua industri ini bertujuan merealisasikan kempen mega yang menjanjikan ganjaran hadiah lumayan kepada pelanggan.
“Dengan setiap pembelian atau langganan istimewa Tune Talk, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah luar biasa ini, menjadikan sambutan Raya tahun ini lebih meriah dan bermakna.
“Lebih menarik, dua duta HijabistaHub dari Indonesia, Fuji dan Davida, kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.
“Jika tahun lalu kami melebarkan sayap ke Thailand dan Singapura, kali ini kami percaya kehadiran mereka akan membawa keterujaan baharu serta mengeratkan hubungan HijabistaHub dengan peminat fesyen di Malaysia dan Indonesia,” katanya lagi.
Sebagai pelengkap, turut diumumkan barisan ‘muse’ HijabistaHub 2025 selain Zizan, iaitu Emma Maembong, KRU, Maya Karin, Nasha Aziz, dan The Sara Sisters.
Sementara pelantikan usahawan kosmetik, Aliff Syukri, sebagai CEO baharu pula diharap dapat membawa jenama ini ke tahap yang lebih tinggi dan inovatif.
Acara juga diserikan dengan persembahan penyanyi, Iman Troye yang menyampaikan beberapa buah lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.