Masuk bulan Ramadan, memang ada banyak pengalaman-pengalaman yang akan menjadi bahan bualan ramai.

MH yakin bahawa setiap orang ada pengalaman berpuasa masing-masing yang tentunya tak dapat dilupakan.

Dalam kesempatan MH bertemu dengan penyampai radio Pagi Di Sinar, Jep, Rahim dan Angah, sempat juga MH bertanyakan mengenai ramadan mereka tahun ini.

IKLAN

“Tahun ini pertama kali saya berpuasa penyampai radio. Pada saya, memang best sebab saya mula bekerja seawal jam 5 pagi jadi kadang-kadang akan bersahur di konti atau Jep dan Rahim akan beli,” kata Angah kepada Media Hiburan.

“Pertama Kali Saya Berpuasa Sebagai Penyampai Radio” – Ini Pengalaman Angah Berpuasa Dengan ‘Geng’ Pagi Di Sinar

Bagi Rahim pula, perkara yang dinanti-nantikan olehnya setiap kali ramadan adalah saat berbuka puasa dengan anak yatim.

IKLAN

“Bagi saya puasa sama sahaja dengan tahun-tahun sebelumnya, cuma apa yang saya nanti-nantikan saban tahun adalah berbuka puasa dengan anak yatim.

“Saya suka bukan sebab dapat makan free tau tapi sebab sama-sama nak meraikan nasib yang tak berapa baik dengan kita.

“Selain itu, tahun ini juga mak mertua turut duduk dengan saya maka meriah sikitlah rumah tu, seronok buka puasa ramai-ramai,” katanya pula.

“Pertama Kali Saya Berpuasa Sebagai Penyampai Radio” – Ini Pengalaman Angah Berpuasa Dengan ‘Geng’ Pagi Di Sinar

IKLAN

Dalam pada itu, Rahim, Angah dan Jep turut berkongsi juadah yang wajib ada setiap kali waktu berbuka puasa.

“Saya suka pergi bazar dan ‘explore’ makanan yang ada, tapi menu wajib saya akan beli adalah murtabak. Tak kira murtabak apa pun,” kata Rahim.

“Menu wajib saya adalah asam pedas, tak kisah asam pedas apa pun. Kadang-kadang orang rumah masak atau pun saya akan beli pada ‘seseorang’ kerana masakan dia menyerupai masakan mak saya,” kata Jep pula.

“Pada saya, kurma lah. Itu wajib ada, yang lain-lain itu saya belasah je apa ada. Bazar tu pergi juga cuma saya ni jenis tak suka membazir jadi beli apa yang sedap dimakan sahajalah,” kata Angah pula.

Sedap pula menu-menu yang disebut Angah, Rahim dan Jep tu. MH yakin mesti ramai yang mempunyai juadah kegemaran masing-masing kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI