Categories: Hiburan

Pertama Kali Lakonkan Adegan Cium, Nirina Zubir Dapat Kebenaran Suami

Share

Pelakon popular Indonesia, Nirina Zubir mengakui berdebar apabila pertama kali melakonkan adegan ciuman dalam siri terbaharu Netflix, Ratu Ratu Queens.

Pengalaman melakukan adegan tersebut merupakan kali pertama dilakukannya selepas sekian lama berkecimpung dalam industri seni.

Nirina menyatakan rasa syukur kerana dipasangkan dengan aktor antarabangsa, Michael Notardonato yang disifatkan sangat profesional serta memahami situasi dirinya.

Menurut Nirina, lawan mainnya itu banyak membantu mengurangkan rasa gugup dengan menjaga aspek kecil yang penting, antaranya sentiasa memastikan kebersihan diri dan mulut.

Kredit foto: IG Nirina Zubir

BACA JUGA: Perjuangan Perit Nirina Zubir Terbalas, Berjaya Dapat Kembali 4 Geran Tanah Arwah Ibu Daripada Sindiket Penipuan

“Untungnya Michael rajin berus gigi. Thank you so much for Michael for always brushing your teeth and did not eat onions before that” katanya ketika ditemui media tempatan Indonesia

.

Selain aspek kebersihan, Michael juga mengambil pendekatan memberi ruang dan masa untuk Nirina menyesuaikan diri, sekali gus menjadikan adegan itu lebih natural.

Menariknya, Nirina turut menegaskan bahawa beliau terlebih dahulu mendapatkan kebenaran suami sebelum bersetuju melakonkan babak berkenaan.

“Untuk babak ini saya perlu melakukan persiapan mental selain mendapat lampu hijau daripada suami,” ujarnya.

Siri Ratu Ratu Queens yang disiarkan di Netflix kini menjadi antara produksi tempatan Indonesia yang dinantikan ramai.

Kehadiran pelakon berpengalaman seperti Nirina digabungkan dengan bakat antarabangsa memberi warna baharu kepada naratif drama berskala global itu.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA