Nampaknya kontroversi perkahwinan pasangan Joy dan Hafiz yang menjadi topik perbualan ramai ketika ini.

Terdahulu pada 1 Mei yang lalu, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa telahpun selamat mendirikan rumah tangga setelah bekas suami kepada kepada Joy mengemukakan surat pengakuan bahawa mereka berdua sudah bercerai pada tahun 2015.

Pernikahan Dibenarkan Setelah Bekas Suami Joy Mengaku Bercerai

Menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata bahawa isu ini telah timbul apabila bekas suami Joy tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla.

“Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.

 

“Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu,” jelasnya.

Namun begitu Haris berkata lagi, sijil nikah tidak dapat dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla dan menurutnya lagi Joy telah berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.

IKLAN

“Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan.

 

“Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami,”katanya lagi.

Pernikahan Dibenarkan Setelah Bekas Suami Joy Mengaku Bercerai

Pengarah JAIS ini berkata lagi, kemungkinan atas nasihat dari pejabat agama di Songkhla, Joy telah mendaftar untuk membuat permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh 13 Julai yang lalu.

IKLAN

Katanya lagi, bekas suami kepada Joy telah dinasihatkan oleh PAID Petaling untuk mendapatkan surat cerai dari Songkhla dan apa yang membuatkan Hafiz kurang berpuas hati adalah disebabkan oleh surat cerai taklik itu bertarikh 13 Julai.

“Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu,” jelasnya.

Tambahnya lagi, jika Ray yang mendaftar penceraian di Songkhla, tarikhnya adalah mengikut hari beliau menjatuhkan talak iaitu pada tahun 2015.

IKLAN

Pernikahan Dibenarkan Setelah Bekas Suami Joy Mengaku Bercerai

Walau bagaimanapun Haris mengakui jika mengikut prosedur dalam situasi tersebut, surat cerai perlu dikemukakan sebelum pasangan bernikah.

Namun katanya lagi, pendaftar telah berpuas hati dengan dokumen yang telah dikemukakan dan berniat baik. Bekas suami Joy juga telah memberikan kerjasama yang baik.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI