Pereka fesyen terkenal yang jenamanya cukup sinonim dengan pencinta fesyen negara ini, Kate Spade disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang kemungkinan disebabkan bunuh diri pada pagi Selasa, waktu tempatan.

Mendiang meninggal dunia pada usia 55 tahun dan difahamkan, pereka fesyen asal Amerika Syarikat itu ditemui mati oleh pembantu rumah di kediamannya  di Park Avenue, New York sekitar jam 10.00 pagi.

Sementara itu, laporan Astro awani yang memetik laporan menerusi portal berita CBS pula melaporkan, Spade ada meninggalkan sekeping nota sebelum bertindak menggantung diri.

IKLAN

Sehingga kini, belum ada pihak yang boleh memperincikan apakah isi kandungan nota yang ditinggalkan Spade, sekiranya ia benar-benar wujud.

Terdahulu, jenama Kate Spade mula yang merupakan hasil usahanya bersama suami, Andy Spade mulai menjadi perhatian pencinta fesyen sekitar 90-an sehingga kini.

IKLAN

Antara item yang cukup sinonim dengan jenama ini ialah beg tangan, kasut, kacamata, pakaian serta barangan perhiasan.

Sehingga kini label berkenaan sudah pun mempunyai lebih 175 outlet retail seluruh dunia.

IKLAN

Foto: Carian Google

https://www.youtube.com/watch?v=rY1IFZ6BJwE

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI