Pelakon, Kavita Sidhu ada berkongsi mengenai perkembangan terkininya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca pada Isnin.

Jelas Kavita, pada awalnya, dia hanya menghantar ibunya untuk mendapatkan suntikan vaksin namun, dia berasa sangat bernasib baik kerana pihak hospital telah mempelawanya untuk turut sama menerima suntikan atas tiket penjaga.

Katanya lagi, keadaannya pada ketika ini baik-baik sahaja tetapi ada berasa sedikit sengat di bahagian lengan yang telah disuntik.

Ibu Okay, Kavita Sidhu ‘Update’ Selepas Terima Vaksin AstraZeneca – “ “Percaya Cakap Saya Memang Tak Sakit Langsung.” Ibu Okay, Kavita Sidhu ‘Update’ Selepas Terima Vaksin AstraZeneca – “ “Percaya Cakap Saya Memang Tak Sakit Langsung.”

“Hi semua! Saya sudah dapatakan vaksin AstraZeneca hari ini. Pagi tadi saya telah membawa ibu saya ke janji temu suntikan vaksin, saya bernasib baik kerana saya juga telah dipelawan untuk menerima vaksin atas tiket penjaga.

“Percaya cakap saya yang suntikan ini tidak sakit langsung walaupun saya tak suka suntikan. Terima kasih kepada para doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang telah bertugas dengan sangat baik pada hari ini.

“Jutaan terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada Dr. Rose Nina. Proses vaksin ini sangat teratur dan semua yang terlibat telah banyak membantu. Setakat ini, saya baik-baik sahaja dan sudah sejam lebih saya cuma berasa sedikit sengal di bahagian lengan yang disuntik,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Ibu Okay, Kavita Sidhu ‘Update’ Selepas Terima Vaksin AstraZeneca – “ “Percaya Cakap Saya Memang Tak Sakit Langsung.” Ibu Okay, Kavita Sidhu ‘Update’ Selepas Terima Vaksin AstraZeneca – “ “Percaya Cakap Saya Memang Tak Sakit Langsung.” Ibu Okay, Kavita Sidhu ‘Update’ Selepas Terima Vaksin AstraZeneca – “ “Percaya Cakap Saya Memang Tak Sakit Langsung.”

Dikesempatan itu juga, Kavita turut menyeru kepada semua pihak untuk mempercepatkan proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Saya akan maklumkan lagi mengenai keadaan saya esok. Saya tahu ini adalah pilihan saya sendiri namun, saya sarankan anda juga untuk pergi mendapatkan vaksin selagi masih berpeluang.

“Saya lakukan ini tanpa rasa ragu-ragu selepas membuat perbincangan bersama rakan doktor dan ahli keluarga.

IKLAN

“Ibu saya juga berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Dia sangat bersahaja dan tenang. Kami ambil foto masing-masing.

“Jagalah keselamatan anda dan dapatkan vaksin. Lagi ramai yang mendaftar, lagi cepat kita akan menang dengan wabak penyakit ini,” tulisnya.

Perkongsian Kavita itu nyata menerima reaksi positif daripada ramai pihak terutamanya buat mereka yang berasa ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin Covid-19.

Malah, ada juga yang turut memberikan pujian kerana Kavita dilihat tidak kisah untuk menerima vaksin yang sama seperti rakyat kebanyakkan.

IKLAN

“Kalau nak diikutkan dia ni kelas kayangan. Banyak advocate kepada benda-benda positif. Rilek je ambik vaccine yang sama orang biasa akan ambil. Up gambar bercuti pun sekadar dalam negeri dia tinggal. Pergi lawat kubur pakai tudung. Dah follow dia lama. Memang jenis humble dan menyampaikan kebaikan. Classy!,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Thank you for advocating for this vaccination program when many people are still hesitant. May you and your mother experience less side effects dan baik baik sahaja,” komen netizen di Instagram.

“Yes I cannot wait mine. Do update from time to time,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Ibu Okay, Kavita Sidhu ‘Update’ Selepas Terima Vaksin AstraZeneca – “ “Percaya Cakap Saya Memang Tak Sakit Langsung.”

Sumber: Instagram Kavita Sidhu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI