Penyanyi, Kaka Azraff mengakui sangat teruja bila diberikan kepercayaan menyanyikan lagu tema filem, Gol & Gincu 2.

Namun begitu, dalam perasaan teruja itu, terselit juga perasaan lain lebih-lebih lagi apabila lagu tema filem pertama Gol & Gincu dinyanyikan oleh ratu rock negara, Ella.

“Masa mula dapat tahu Kaka yang nyanyi lagu OST filem ini ada empat perasaan. ‘Excited’, ‘happy’, teruja dan tiba-tiba nervous.

 

“Kaka gembira sebab saya sendiri adalah peminat filem ini tapi bila ingat balik Ella yang nyanyikan lagu OST filem first dulu…Ella sendiri namanya dah cukup besar dan saya sendiri tak kan boleh sebelah dia pun.

 

“Memang Kaka nervous tapi Kaka cuba lawan dengan berfikiran positif, kata pada diri sendiri, ‘okay, ini masa aku,’. Untuk tunjukkan kepada generasi baru, lagu yang baru, muzik yang baru.

 

“Jadi sekarang Kaka positif je, dan Kaka harap sangat orang kat luar sana dapat terima lagu Shout It Out ini,” katanya kepada MH.

Perasaan Ini Dirasai Kaka Azraff Bila Nyanyi Lagu OST Gol & Gincu, Apa Dia?

IKLAN

Muzik video lagu tersebut kini sudah keluar di Youtube dan setakat ini mendapat respon positif netizen.

IKLAN

Dalam pada itu, Kaka juga turut berkongsi perkembangan terbaru dirinya.

IKLAN

“Selain lagu Shout It Out, Kaka baru ‘launching’ lagu baru bertajuk Sibuk, dan kini sedang giat mempromosikan kedua-dua lagu ini.

 

“Kemudian, Oktober ini juga, filem lakonan Kaka hasil join venture antara Indonesia dan Malaysia bertajuk Zharfa The Movie juga akan ditayangkan di pawagam

 

“Ini adalah pertama kali hasil kerjasama dengan produksi luar jadi Kaka rasa sangat bersyukur,” katanya lagi.

Foto/Instagram: Kaka Azraff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI